English Bahasa Melayu
Homepage | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Takaful Am > Bukan Motor > IKHLAS   Fidelity Guarantee

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Fidelity Guarantee (Jaminan Kesetiaan)?

a) Pihak Syarikat akan bertanggungjawab membayar sebarang kerugian langsung wang ataupun harta-benda akibat perbuatan tidak amanah atau perlakuan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pekerja, peserta semasa mereka ber tugas.

b) Di bawah perlindungan ini kerugian hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 6 (enam) bulan daripada tarikh penamatan perjanjian ini atau tidak lewat daripada 6 (enam) bulan selepas kematian atau pemberhentian atau persaraan pekerja yang didapati bersalah.

c) Mana-mana yang akan berlaku terlebih dahulu.

PENGECUALIAN

a) Sebarang salah pernyataan mengenai fakta yang menyebabkan berlakunya risiko semasa menguatkuasakan perjanjian ini.

b) Pemeriksaan untuk memastikan ketepatan akaun dan penghadan/pembatasan amaun wang yang boleh diterima atau diamanahkan kepada mana-mana pekerja tidak diperhatikan secara sepatutnya oleh Peserta.

c) Sebarang perubahan dalam perihal-perihal dan keadaan-keadaan pengambilan pekerja ke jawatan tersebut tanpa kebenaran daripada pihak syarikat.

d) Peserta masih terus mengamanahkan mana-mana pekerja dengan wang atau apa-apapun selepas mengetahui perlakuan tidak amanah yang pernah dilakukan oleh pekerja tersebut.

   
     

WEBSE Design Solution by WEBSEAsia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business DirectoryHakcipta © 2009 Takaful Ikhlas Sdn Bhd | Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi
Ahli kumpulan MNRB Group.


ISO 9001:2000 Certificate:SG07/1251