Pengenalan
Takaful ini memberi perlindungan ke atas risiko
yang terlibat dalam pembinaan loji/kilang, struktur-struktur
jentera dan besi dan seumpamanya. Ia juga memberi
perlindungan ke atas tuntutan-tuntuan pihak ketiga
yang berkaitan dengan kerosakan harta-benda atau
kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kerja-kerja
berkaitan mendirikan bangunan.
SKOP PERLINDUNGAN
SEKSYEN 1 - KEROSAKAN BAHAN
Takaful Erection All Risks (EAR) memberi perlindungan
ke atas semua risiko. Di bawah seksyen ini, Syarikat
bersetuju yang semua kerugian atau kerosakan fizikal
yang tidak disangka atau terjadi tanpa diduga akibat
mana-mana sebab yang terjadi semasa tempoh takaful,
selain daripada yang dikecualikan secara spesifik
akan diberi ganti-rugi.
Syarikat juga akan memulangkan kos pembersihan sis-sisa
buangan di dalam mana-mana keadaan yang menyebabkan
kenaikan tuntuan dengan syarat jumlah berasingan
telah ditentukan dan memasuki Jadual Sijil.
Seksyen II liabiliti pihak ketiga
Syarikat akan mengganti-rugi peserta sehingga pada
jumlah yang telah ditetapkan sekiranya peserta
menurut undang - undang di pertanggungjawabkan
untuk membayar sekiranya terjadi kerosakan-kerosakan
turutan seperti:-
a) kecederaan tubuh badan akibat kemalangan atau
penyakit kepada pihak ketiga ( sama ada mati atau
tidak)
b) kerugian akibat kemalangan atau kerosakan kepada
harta-benda milik pihak ketiga, terjadi kerana berkaitan
secara langsung dengan tindakan mendirikan, membina
atau membuat percubaan ke atas item-item yang dilindungi
di bawah Seksyen 1 dan berlaku di atas atau di dalam
persekitaran terdekat di tapak pembinaan semasa tempoh
perlindungan.
Sebagai tambahan Syarikat akan turut mengganti-rugi
peserta ke atas:
a) semua kos dan perbelanjaan perundangan yang dikenakan
oleh mana-mana pihak yang menuntut dari peserta dan
b) Semua kos dan perbelanjaan yang dikenakan dengan
persetujuan bertulis dari Syarikat, dengan syarat
ianya tidak melebihi had ganti-rugi yang dinyatakan
di dalam Jadual Sijil.
TEMPOH PERLINDUNGAN
Liabiliti Syarikat bermula serta-merta sebaik saja
bermula kerja-kerja atau sebaik saja item-item
yang dilindungi diletakkan di tapak pembinaan seterusnya
sehingga diambil-alih atau selepas ujian pertama
ke atas operasi atau ujian bebanan telah lengkap
dijalankan, mana-mana yang terdahulu, tetapi tidak
melebihi tempoh empat minggu dari tarikh bermulanya
ujian( melainkan sekiranya dipersetujui secara
bertulis)
Walau bagaimanapun, jika sebahagian loji/kilang atau
satu atau beberapa mesin telah diuji dan atau mula
beroperasi atau diambil-alih, perlindungan ke atas
bahagian tertentu loji/kilang atau mesin (mesin-mesin)
dan sebarang liabiliti yang diakibatkan daripadanya
ditamatkan sementara perlindungan diteruskan ke atas
bahagian-bahagian lain yang masih ada.
Dalam kes item-item terpakai, pihak takaful walaubagaimanapun
akan menamatkan secara serta-merta perlindungan ke
atas permulaan ujian.
JUMLAH PERLINDUNGAN
Jumlah perlindungan merupakan nilai jentera atau loji/kilang yang akan didirikan
berdasarkan kontrak pembekalan, termasuk kos kargo, duti-duti kastam dan eksais
dan kos mendirikan bangunan.
Biasanya jumlah perlindungan berasingan adalah ditentukan
kepada:-
• jentera dan peralatan mendirikan bangunan pada nilai penggantian baru
• harta-benda yang terletak di tapak pembinaan, milik kepada atau dalam jagaan
atau kawalan peserta atau pihak prinsipal
• perlindungan tambahan contohnya perbelanjaan kargo udara,kos membersihkan
sisa-sisa buangan
Liabiliti Pihak Ketiga juga dilindungi tertakluk kepada had berasingan ke atas
ganti-rugi untuk setiap satu satu atau siri-siri kemalangan yang disebabkan
oleh satu kejadian.
Pengecualian-pengecualian
Perlindungan yang diberikan oleh Takaful EAR adalah komprehensif tertakluk
kepada pengecualian-pengecualian tertentu seperti dinyatakan di dalam Sijil.
Sebagai tambahan Syarikat tidak akan mengganti-rugi kerugian ,kerosakan atau
liabiliti yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kemunculan
atau diburukkan keadaannya oleh:-
a) peperangan, serangan, tindakan musuh luar negara,perseteruan
(sama ada peperangan diumumkan atau tidak), peperangan
sivil, pemberontakan, revolusi, kebangkitan awam,
penderhakaan,rusuhan, tunjuk perasaan, sekatan kerja,
kegemparan awam, ketenteraan atau rampasan kuasa,
sekumpulan penjahat atau orang-orang yang bertindak
bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi
politik, konspirasi, rampasan, penawanan, pengambilalihan
atau pemusnahan atau merosakkan dengan arahan "de
jure" atau "de facto" mana-mana kerajaan
atau mana-mana pihak berkuasa awam.
b) tindakbalas nuklear, radiasi nuklear, atau pencemaran radioaktif
c) tindakan atau kecuaian yang disengajakan oleh peserta atau wakil-wakilnya
d) . Penamatan kerja sama ada sepenuhnya atau sebahagian;
Pengecualian-pengecualian khusus kepada Seksyen I - Kerosakan Bahan-bahan
Syarikat tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas:-
a) deduktible yang dinyatakan di dalam jadual yang akan ditanggung oleh peserta
dalam setiap satu kejadian;
b) kerugian turutan akibat mana-mana deskripsi, seperti tuntutan-tuntutan daripada
denda-denda, kerugian akibat kelewatan, kehilangan kontrak;
c) kerugian atau kerosakan yang disebabkan atau kesilapan reka bentuk, kerosakan
atau pemilihan bahan-bahan atau pembuatan yang tidak elok selain daripada kesilapan
dalam mendirikan bangunan;
d) kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh keadaan item yang secara semulajadi
menjadi haus dan usang, reputn, berkarat, berkerak;
e) kerugian ke atas atau kerosakan kepada fail-fail, lukisan-lukisan, akaun-akaun,
bill-bill, matawang, stem,dokumen perundangan, bukti-bukti hutang, nota-nota,sekuriti,
cek, bahan-bahan yang dibungkus seperti bekas, kotak, peti barangan;
f) Kerugian yang ditemui hanya semasa menjalankan penyenaraian inventori.
PENGECUALIAN-PENGECUALIAN KHUSUS KEPADA SECTION
II - Liabiliti Pihak Ketiga
Syarikat juga tidak akan membayar pampasan kepada peserta sekiranya:-
a) deduktibel yang dinyatakan di dalam jadual adalah atas tanggungan peserta
dalam setiap satu kejadian;
b) perbelanjaan yang dikenakan dalam membuat, membuat semula atau memperelok
atau membaiki atau menggantikan sebarang item yang dilindungi atau dilindungi
di bawah Seksyen 1 Sijil ini.
|
c) liabiliti turutan disebabkan:-
i) kecederaan tubuh badan atau penyakit ke atas para pekerja atau buruh kontraktor
atau pihak prinsipal atau mana-mana firma lain yang mempunyai hubungan dengan
projek di mana atau sebahagian projeknya adalah dilindungi di bawah Seksyen
I,
atau yang melibatkan ahli-ahli keluarga mereka.
ii) kerugian atau kerosakan yang berkaitan dengan harta-benda milik atau berada
dalam simpanan dan jagaan atau kawalan kontraktor atau pihak prinsipal atau mana-mana
firma lain yang mempunyai hubungan dengan projek di mana atau di bahagian projeknya
yang dilindungi di bawah Seksyen I, atau yang melibatkan pekerja atau buruh salah
seorang seperti dinyatakan di atas;
iii) mana-mana kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan-kenderaan yang dilesenkan
untuk kegunaan umum di jalanraya atau vesel atau kapalterbang yang boleh berada
di air,
iv) Mana-mana perjanjian oleh peserta untuk membayar sebarang jumlah dengan cara
pampasan atau melainkan sekiranya liabiliti seumpama itu telah disertakan juga
walaupun tanpa kewujudan perjanjian tersebut.
PENGLUASAN STANDARD KE ATAS PERLINDUNGAN ASAS
Pembuangan Sisa Buangan
Syarikat akan membayar balik kepada Peserta kos ke
atas pembersihan sisa buangan dalam sebarang keadaan
di mana kos tersebut menyebabkan kenaikan jumlah
tuntutan. Orang yang membuat usul perlu digalakkan
untuk menyatakan jumlah yang mencukupi untuk melakukan
pembuangan sisa buangan yang perlu dimasukkan ke
dalam Jadual Sijil di bawah Seksyen 1.
Struktur-struktur Sedia Ada dan/atau Harta-benda
Disekeliling
Kerugian atau kerosakan kepada harta-benda yang terletak
di atas atau bersebelahan dengan tapak pembinaan
dan adalah milik atau dalam jagaan atau kawalan pihak
prinsipal (prinsipal-prinsipal) atau kontraktor (kontraktor-kontraktor)
akan dilindungi jika mempunyai hubungan langsung
dengan aktiviti mendirikan, membina atau menguji
item-item yang dilindungi di bawah Seksyen 1 dan
berlaku dalam tempoh perlindungan, dengan syarat
jumlah perlindungan yang berasingan ( contohnya had
gantirugi) telah dimasukkan ke dalam Jadual Sijil
di bawah Seksyen 1. Perlindungan ini tidak digunapakai
ke atas jentera-jentera pembinaan/mendirikan atau
peralatan pembinaan/mendirikan.
Jumlah perlindungan yang relevan ( contohnya had
gantirugi) perlu ditentukan untuk membolehkan kemalangan
yang teruk melibatkan harta-benda tersebut contohnya
mengambilkira nilai semua item yang berada di sekeliling
tapak mendirikan banggunan atau dalam jagaan atau
kawalan peserta.
Third Party Liability (Laibiliti Pihak Ketiga)
Laibiliti Pihak Ketiga ini hanya boleh dilindungi
jika berkaitan dengan kerosakan material yang dinyatakan
di bawah Seksyen 1.
Had gantirugi bagi Laibiliti Pihak Ketiga tidak boleh
melebihi:-
• Jumlah keseluruhan yang dilindungi di bawah Seksyen
1 Jadual Sijil
• Had Jumlah keseluruhan gantirugi seperti yang dinyatakan
di dalam "Reinsurance Treaty (RTL)"
• Mana-mana jumlah yang lebih rendah
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam,
kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera
(ekspres) hanya akan dilindungi jika sebelum ini
dan secara khusus telah mendapat persetujuan secara
bertulis.
Peralatan pembinaan/Mendirikan
Peralatan pembinaan/mendirikan seperti "scaffolding",
pagar, alat melawan kebakaran, khemah di tapak binaan,
pejabat -pejabat di tapak binaan dan sebagainya juga
boleh dilindungi di bawah Sijil ini.
Jentera-jentera Pembinaan/ Mendirikan
Semasa berada di tapak binaan, Jentera-jentera Pembinaan/
Mendirikan juga boleh dilindungi di bawah Sijil.
Dalam hal ini senarai lengkap mengenai item-item
ini yang turut menunjukkan harga nilai-nilai item
gantian baru perlu disertakan kepada Sijil.
PENGLUASAN KHAS KE ATAS PERLINDUNGAN ASAS
Tunjuk Perasaan, Rusuhan Dan Kegemparan Awam
Sekiranya diminta, risiko-risiko seperti tunjuk perasaan,rusuhan
dan kegemparan awam (SRCC), tanpa menjangkakan sekerap
manakah kejadian ini boleh berlaku, juga boleh dimasukkan
ke dalam sijil. Walau bagaimana had gantirugi yang
dijamin tidak boleh melebihi jumlah perlindungan
sijil.
Cross Liability (Liabiliti Bersilang)
Sekiranya beberapa pihak dilindungi ingin berada
dalam keadaan seolah-olah sijil berasingan telah
dikeluarkan ke atas setiap pihak, pengluasan "Cross
Liability" perlu digunapakai.
Tujuan endorsemen ini adalah untuk menjelaskan secara
terperinci skop perlindungan yang dijamin ke atas
setiap seorang kontraktor di bawah Seksyen II Sijil.
• Kerugian atau kerosakan kepada item-item yang dilindungi
di bawah Seksyen I, Polisi tidak akan digantirugi
di bawah Seksyen II. Sekiranya salah satu daripadanya
diketepikan kerosakan material yang disebabkan oleh
seorang kontraktor kepada kontraktor yang lain atau
kepada harta-benda milik prinsipal akan diuruskan
di bawah Seksyen TPL.
• Orang-orang yang bekerja di tapak pembinaan tidak
akan dilindungi di bawah Polisi ini sekiranya berlaku
kemalangan di tempat kerja jika mereka telah atau
mungkin telah dilindungi di bawah Insurans Gantirugi
Pekerja atau Insurans Liabliti Majikan. Sebarang
liabiliti yang timbul akibat kecederaan bukan membawa
maut (fatal) atau kecederaan bukan-membawa maut (non-fatal
injury) atau akibat penyakit ke atas para pekerja
atau buruh adalah dikecualikan daripada sijil ini.
Penyelenggaraan
Seksyen I Sijil boleh diperluaskan untuk melindungi
kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja mendirikan
bangunan dan mesti terjadi semasa tempoh penyelenggaraan.
Dua jenis perlindungan yang ada ialah:-
a) lawatan-lawatan penyelenggaraan, melindungi kerugian
atau kerosakan yang disebabkan oleh operasi-operasi
penyelenggaraan
b) penyelenggaraan yang dipanjangkan tempohnya.
Perlindungan adalah seperti klausa a) juga melindungi
kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa tempoh
penyelenggaraan yang berlaku dalam temph pembinaan
dan mendirikan bangunan. Perlindungan ini walau bagaimanapun
mungkin menimbulkan banyak masalah dan oleh itu perlu
dielakkan selagi mana yang boleh dielakkan.
Tempoh perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan
semasa tempoh penyelenggaraan mestilah tidak melebihi
12 bulan.
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam,
kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera(
ekspres )
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam,
kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera
(ekspres) juga boleh diperluaskan di bawah Sijil
ini.
Pembayaran semula caj-caj tambahan ini terhad kepada
tuntutan-tuntutan ganti rugi jaminan dan kos-kos
pembaikan mestilah melebihi deduktible.
Caj-caj Tambahan
Ke atas Kargo Udara
Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara yang dikenakan
kerana berkait langsung dengan kerja-kerja pembaikan
juga boleh diperluaskan.
Pengembalian semula caj-caj tambahan ini adalah terhad
kepada tuntutan-tuntutan dengan ganti-rugi dijamin
,contohnya kos-kos pembaikan mestilah melebihi deduktible.
|