Pengenalan
Takaful ini memberi perlindungan
kepada peralatan elektronik seperti komputer dan
alat-alat perantinya disebabkan oleh kejadian tidak
diduga atau kerugian fizikal secara mengejut atau
kerosakan yang diakibatkan oleh lain-lain sebab selain
daripada sebab-sebab yang dikecualikan secara spesifik
oleh sijil. Ia juga akan membayar ganti rugi ke atas
kerugian atau kerosakan kepada data media luaran
termasuk maklumat yang disimpan yang boleh diproses
secara langsung di dalam sistem EDP. Selain daripada
itu ia juga memberi perlindungan kepada perbelanjaan
tambahan yang dikenakan ke atas penggunaan peralatan
gantian EDP semasa dalam tempoh gangguan.
SKOP PERLINDUNGAN
Seksyen I - Kerosakan Material
Di bawah seksyen ini, Syarikat bersetuju untuk membayar
ganti rugi kepada item-item yang dilindungi yang
mengalami sebarang kejadian tidak diduga atau kerugian
fizikal secara mengejut atau kerosakan yang diakibatkan
oleh mana-mana sebab selain daripada sebab-sebab
yang dikecualikan secara spesifik dan terjadi semasa
tempoh sijil.
(Seksyen 2 - Data Media Luaran)
Di bawah Seksyen 2 Syarikat juga bersetuju jika data
media luaran termasuk maklumat yang disimpan yang
boleh diproses secara langsung di dalam sistem EDP
mengalami sebarang kerosakan material dijamin ganti
rugi di bawah Seksyen 1 Sijil ini, Syarikat akan
membayar ganti rugi berkaitan kerugian atau kerosakan
dengan syarat yang data media tersebut disimpan di
dalam premis.
Seksyen 3 - Peningkatan Kos Bekerja
Syarikat akan membayar ganti rugi kepada Peserta
untuk sebarang perbelanjaan tambahan yang dikenakan
ke atas penggunaan peralatan gantian EDP yang tidak
dilindungi di bawah Sijil ini setakat satu jumlah
yang telah dipersetujui.
PENGECUALIAN-PENGECUALIAN
Pengecualian-pengecualian Am
Syarikat tidak akan membayar ganti rugi kepada Peserta
sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan secara
langsung atau tidak, berlaku disebabkan atau diburukkan
keadaannya oleh:-
a) |
peperangan, serangan, tindakan musuh luar negara,
perseteruan (sama ada peperangan diumumkan atau tidak),
peperangan sivil, pemberontakan, revolusi, kebangkitan
awam, penderhakaan, rusuhan, tunjuk perasaan, sekatan
kerja, kegemparan awam, ketenteraan atau rampasan
kuasa, sekumpulan penjahat atau orang-orang yang
bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana
organisasi politik, konspirasi, rampasan, penawanan,
pengambilalihan atau pemusnahan atau merosakkan dengan
arahan "de jure" atau "de facto" mana-mana
kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa awam; |
| |
|
b) |
tindakbalas nuklear, radiasi nuklear, atau pencemaran
radioaktif; |
| |
|
c) |
tindakan atau kecuaian yang disengajakan oleh
peserta atau wakil-wakilnya |
Dalam sebarang tindakan saman atau lain-lain prosiding
di mana Syarikat mendakwa bahawa, atas alasan syarat-syarat
pengecualian di atas, sebarang kerugian, kemusnahan
atau kerosakan tidak akan dilindungi oleh Sijil ini,
namun sekiranya dakwaan beban kerugian kemusnahan
atau kerosakan yang dilindungi tersebut dapat dibuktikan
ianya akan ditanggung sendiri oleh Peserta.
Pengecualian -pengecualian Khas kepada Seksyen
1
Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas:-
a) |
amaun pertama/ekses yang dinyatakan di dalam jadual.
Walau bagiamnapun jika, lebih daripada satu item
yang kerugian atau rosak di dalam satu kejadian,
Peserta walau bagaimanapun tidak akan diminta untuk
menanggung melebihi deduktibel tunggal yang tertinggi
dan digunapakai kepada item-item tersebut; |
| |
|
b) |
kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara
langsung atau tidak atau timbul akibat gempa bumi,
gerakan gunung berapi, tsunami, hurikan, siklon atau
taufan; |
| |
|
c) |
kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara
langsung atau tidak oleh kecurian;
|
| |
|
d) |
kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sebarang
kesilapan atau kecacatan sedia ada semasa sijil berkuatkuasa
dan diketahui oleh Peserta atau wakil-wakilnya, sama
ada kesilapan atau kecacatan tersebut adalah diketahui
oleh Syarikat atau tidak;
|
| |
|
e) |
kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara
langsung atau tidak oleh kegagalan atau gangguan
sebaran air gas atau perkhidmatan atau bekalan elektrik; |
| |
|
f) |
kerugian atau kerosakan disebabkan kesan langsung
kepada kesan berterusan operasi ( contohnya menjadi
haus dan usang, pereputan,pengaratan dan menjadi
berkerak) atau kerosakan perlahan-lahan akibat keadaan
atmospera; |
| |
|
g) |
Sebarang kos yang dikenakan dan mempunyai hubungan
dengan tugas-tugas penyingkiran kerosakan; |
| |
|
h) |
Sebarang kos yang dikenakan dan mempunyai hubungan
dengan penyelenggaraan item-item yang dilindungi
dan pengecualian seperti itu juga digunapakai kepada
alat-alat ganti yang ditukar semasa operasi-operasi
penyelenggaraan; |
| |
|
i) |
kerugian atau kerosakan di mana pengeluar atau
pembekal item-itam yang dilindungi bertanggungjawab
sama ada secara perundangan atau telah termaktub
di dalam kontrak; |
| |
|
j) |
kerugian atau kerosakan kerana menyewa atau memajak
peralatan di mana pemilik bertanggungjawab secara
perundangan atau telah termaktub di bawah perjanjian
penyewaan dan/atau penyelenggaraan;
|
| |
|
k) |
kerugian turutan atau liabiliti ke atas sebarang
sebab atau deskripsi;
|
| |
|
l) |
kerugian atau kerosakan kepada mentol, injap,
tuib, pita, fuis, penutup, tali pinggang, wayar,
rantai, tayar getah, peralatan yang boleh ditukarganti,
selinder berukir, objek daripada kaca, porselin atau
seramik, penapis atau fabrik, atau sebarang media
untuk menjalankan operasi (contohnya minyak pelincir,
bahan api, bahan kimia)' |
| |
|
m) |
Kecacatan estatik seperti pencalaran ke atas permukaan-permukaan
yang dicat, dikilatkan atau disalut.
|
|
|
Sehubungan dengan bahagian-bahagian yang dinyatakan di bawah perkara (m) dan (n) di atas, Syarikat akan bertanggungjawab untuk memberi pampasan sekiranya bahagian-bahagian tersebut akan menyebabkan berlakunya kerugian dan kerosakan yang dijamin ganti rugi ke atas item-item yang dilindungi.
Pengecualian-pengecualian Khas Kepada Seksyen
2
a) |
Amaun pertama/ ekses yang dinyatakan di dalam
jadual; |
| |
|
b) |
sebarang kos yang timbul akibat pemprograman palsu,
tebukan, melabel atau memasukkan, pembatalan maklumat
tidak disengajakan atau membuang data media, dan
dari kehilangan maklumat yang disebabkan oleh domain
magnetik; |
| |
|
c) |
kerugian turutan atau liabiliti ke atas sebarang
sebab atau deskripsi. |
| |
|
Pengecualian-pengecuali Khas Kepada Seksyen 3
a) |
sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan oleh pihak
berkuasa tempatan berhubung dengan pembangunan semula
atau operasi peralatan EDP yang dilindungi; |
| |
|
b) |
dana-dana penting tidak diperolehi oleh Peserta
dalam tempoh pembaikan atau penggantian peralatan
yang telah rosak atau musnah. |
Asas Indemniti (Ganti-Rugi)
Seksyen 1
a) |
di mana kerosakan kepada item-item yang dilindungi boleh diperbaiki, Syarikat
akan membayar perbelanjaan yang perlu dikenakan untuk mengembalikan semula item
yang telah rosak kepada keadaan sebelumnya iaitu ketika ia boleh digunakan termasuk
kos untuk merombak dan membangunkan semula item yang dikenakan untuk tujuan membaikpulih,
selain kos tambang muatan biasa ke dan dari kedai membaiki, duti kastam dan eksais,
jika ada. Jika pembaikan dijalankan di bengkel milik Peserta, Syarikat akan membayar
kos material dan gaji yang dikenakan untuk tujuan pembaikan termasuk peratusan
munasabah untuk menanggung caj-caj overhed.
|
Tiada pemotongan akan dibuat ke atas susut-nilai
sekiranya alat-alat ganti ditukar, tetapi nilai mana-mana
salvaj (kos menyelamat) akan diambilkira.
Sekiranya kos-kos membaiki adalah sepadan atau melebihi nilai sebenar item-item
yang dilindungi dengan serta-merta sebelum berlakunya kerosakan, pembayaran
perlu dibuat atas dasar seperti dinyatakan di dalam perkara (b) di bawah;
b) |
Di mana item-item yang dilindungi telah musnah Syarikat akan membayar nilai
sebenar item-item tersebut dengan serta-merta sebelum berlakunya kerugian melibatkan
kos-kos tambang muatan biasa, memasang, duti kastam dan eksais |
Item-item yang telah musnah tidak akan lagi dilindungi di bawah Sijil ini,
dan data penting ke atas item gantian berkaitan akan dinyatakan kemasukannya
di dalam jadual.
|
(Syarikat mungkin bersetuju - melalui permohonan
endorsemen yang berkaitan - untuk memperluaskan takaful
ini untuk memberi perlindungan ke atas pembayaran
semula berdasarkan nilai penggantian penuh). Mengenai
tarikh berlakunya ganti-rugi dijamin, jumlah yang
dilindungi akan dikurangkan berdasarkan tempoh takaful
yang masih ada (masih berkuatkuasa) dan dengan jumlah
ganti rugi yang telah dibayar, melainkan jika jumlah
perlindungan dikembalikan semula. Sebarang caj-caj
tambahan yang dikenakan untuk kerja lebih masa, kerja
malam, bekerja semasa cuti-cuti umum atau penghantaran
segera akan dilindungi di bawah takaful ini dengan
syarat ianya telah dipersetujui secara bertulis.
Kos-kos pengubahan, penambahan, memperbaiki atau
membaikpulih tidak akan diperolehi semula di bawah
Sijil ini.Kos-kos pembaikan yang disyaratkan akan
ditanggung oleh Syarikat jika pembaikan tersebut
membentuk kepada bahagian pembaikan terakhir dan
tidak akan meningkatkan jumlah keseluruhan perbelanjaan
pembaikan. Syarikat akan membuat pembayaran hanya
selepas diyakinkan dengan pemberian bil-bil dan dokumen-dokumen
yang diperlukan yang pembaikan telah dijalankan atau
penggantian telah dibuat seperti yang diperlukan.
Seksyen 2
Syarikat akan membayar ganti rugi ke atas sebarang
perbelanjaan yang dibuktikan telah dikenakan kepada
perserta dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh
kejadian terhad hanya semata-mata kepada tujuan
penyimpanan data media luaran yang dilindungi kepada
keadaan asal sebelum kejadian dan penting untuk
membolehkan operasi pemprosesan data diteruskan
dalam cara normal.
Sekiranya tidak perlu untuk mengeluarkan semula
data dan maklumat yang hilang , atau jika pengeluaran
semula tersebut tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan
selepas kejadian, Syarikat akan hanya bertanggungjawab
untuk mengganti-rugi perbelanjaan yang dikenakan
untuk menggantikan kehilangan atau kerosakan data
media tersebut dengan material baru.Mengenai tarikh
dari terjadinya ganti-rugi dijamin jumlah yang akan
dilindungi akan dikurangkan untuk tempoh takaful
yang masih tinggal (masih berkuatkuasa) dengan jumlah
ganti- rugi yang telah dibayar.
Dalam keadaan kegagalan peralatan EDP yang dilindungi
berfungsi, Syarikat akan bertanggungjawab ke atas
perbelanjaan tambahan yang boleh dibuktikan telah
dikenakan semasa tempoh perlindungan di mana penggunaan
peralatan gantian EDP diperlukan, tetapi yang penting
sekali tempoh ganti rugi telah dipersetujui.
Tempoh indemniti akan berkuatkuasa sebaik saja peralatan
gantian mula dipakai.Peserta perlu ingat bahawa jumlah
setiap tuntutan mestilah sejajar dengan lebihan tempoh
masa yang dipersetujui.
Sekiranya didapati ekoran dari gangguan kepada operasi
peralatan EDP yang dilindungi menyebabkan penambahan
perbelanjaan dikenakan semasa tempoh gangguan adalah
lebih tinggi daripada perkongsian mengikut pembahagian
ke atas jumlah yang dilindungi yang digunakpakai
dalam tempoh perlindungan ini, Syarikat hanya akan
bertanggungjawab mengganti rugi Peserta berdasarkan
jumlah tahunan yang telah dipersetujui diberi perlindungan
yang digunapakai dalam tempoh gangguan, setelah mengambilkira
tempoh ganti-rugi yang telah dipersetujui.
Sebarang lebihan dalam kos akan diambilkira bila
membuat pengiraan jumlah gantirugi yang perlu dibayar
oleh Syarikat. Mengenai tarikh berlakunya ganti-rugi
dijamin jumlah yang dilindungi akan dikurangkan untuk
tempoh takaful yang tinggal dengan jumlah ganti rugi
dibayar melainkan jika jumlah perlindungan dikembalikan
semula.
Seksyen 3
Dalam keadaan di mana peralatan EDP yang dilindungi
gagal berfungsi, Syarikat adalah bertanggungjawab
ke atas perbelanjaan tambahan yang telah dibuktikan,
terpaksa ditanggung oleh peserta semasa tempoh penggunaan
peralatan gantian EDP amat diperlukan, tetapi untuk
setakat tempoh indemniti yang telah dipersetujui
saja.
Tempoh indemniti akan berkuatkuasa sebaik saja peralatan
gantian telah mula dipakai.
Peserta akan menanggung jumlah setiap tuntutan yang
dibuat melebihi dari tempoh yang telah dipersetujui.
Sekiranya didapati ekoran gangguan daripada operasi
peralatan EDP yang dilindungi, menyebabkan penambahan
perbelanjaan semasa tempoh gangguan adalah lebih
tinggi daripada persetujuan ke atas perkongsian mengikut
pembahagian ke atas jumlah yang dilindungi dalam
tempoh perlindungan ini, Syarikat hanya akan bertanggungjawab
mengganti rugi Peserta berdasarkan jumlah tahunan
yang telah dipersetujui dilindungi dalam tempoh gangguan,
setelah mengambilkira tempoh pembayaran ganti-rugi
yang telah dipersetujui.
Sebarang penjimatan kos akan diambilkira bila membuat
pengiraan jumlah ganti-rugi (indemniti) yang akan
dibayar oleh Syarikat.
Mengenai tarikh berlakunya ganti-rugi dijamin ke
atas jumlah yang dilindungi, akan dikurangkan mengikut
tempoh takaful yang masih tinggal (masih berkuat-kuasa)
dengan jumlah ganti rugi yang telah dibayar melainkan
jika jumlah perlindungan dikembalikan semula.
Pengecualian-Pengecualian Standard.
Gempa Bumi
Risiko gempa bumi, pasang surut ombak yang disebabkan
oleh gempa bumi dan pergerakan gunung berapi (
contoh risiko-risiko gempa bumi) tidak dimasukkan
di dalam perlindungan asas. Sekiranya risiko ini
hendak dilindungi, Endorsemen Gempa Bumi mestilah
disertakan dan had ganti rugi adalah tidak melebihi
jumlah perlindungan maksimum yang ditetapkan pada
RM 4,000,000.00.
Hurikan, Siklon Dan Taufan
Risiko hurikan, siklon dan taufan tidak dimasukkan
di dalam perlindungan asas. Untuk memasukan risiko-risiko
hurikan, siklon dan taufan ini Endorsemen mestilah
disertakan dan had ganti rugi adalah tidak melebihi
jumlah perlindungan maksimum yang ditetapkan pada
RM 1,000,000.00. Malapetaka-malapetaka ini hanya
boleh dimasukkan dalam keadaan risiko-risiko terletak
di luar kawasan yang biasanya terdedah kepada bentuk-bentuk
risiko tersebut.
Pengecualian -Pengecualian Khas
Tunjuk Perasaan,Rusuhan Dan Kegemparan Awam
Sekiranya diminta, risiko-risiko seperti tunjuk perasaan,rusuhan
dan kegemparan awam (SRCC), dengan tidak menjangkakan
sekerap manakah kejadian boleh berlaku, juga boleh
dimasukkan ke dalam sijil. Walau bagaimana had gantirugi
yang dijamin tidak boleh melebihi jumlah perlindungan.
Caj-Caj Tambahan Untuk Kerja Lebih Masa, Kerja
Malam, Kerja Semasa Hari Cuti-Cuti Awam , Penghantaran
Segera
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam,
kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera
juga boleh diperluaskan di bawah Sijil ini.
Pembayaran semula caj-caj tambahan ini terhad kepada
tuntutan-tuntutan ganti rugi jaminan dan kos-kos
pembaikan mestilah melebihi deduktible.
Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara
Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara yang dikenakan
kerana berkait langsung dengan kerja-kerja pembaikan
juga boleh diperluaskan.
Pengembalian semula caj-caj tambahan ini adalah terhad
kepada tuntutan-tuntutan yang ganti-rugi dijamin
,contohnya kos-kos pembaikan mestilah melebihi deduktible.
Kecurian
Berbanding dengan malapetaka pecah rumah, risiko
kecurian tidak dimasukkan di dalam perlindungan asas.
Ia boleh dimasukkan dengan menggunapakai Endorsemen
Kecurian di atas permintaan khusus pelanggan tetapi
hanya sekiranya wujud tindakan pencegahan keselamatan
yang mencukupi .
Peserta perlu menanggung 25% deduktible sekiranya
berlaku kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh
kecurian.
"Waiver of Right of Recourse "
Sekiranya pemasangan adalah dikendalikan secara sementara
waktu atau secara tetap oleh pihak ketiga dengan
kebenaran Peserta, pihak ketiga bertanggungjawab
untuk mendapatkan semula daripada Syarikat dalam
sebarang kes kerugian berdasarkan syarat-syarat takaful.
Hak ini boleh dilepaskan dengan mengguna pakai Endorsemen" Waiver
of Rights of Recourse" Walau bagaimanapun kerugian
disebabkan tindakan kecuaian yang disengajakan atau
melampau, adalah dikecualikan.
Peralatan Bergerak atau Mudah-alih
Sekiranya kerugian atau kerosakan ke atas peralatan
bergerak atau mudah-alih hendak dilindungi, ia boleh
dilakukan dengan menggunapakai Endorsemen Peralatan
Bergerak Atau Mudah-Alih Di Luar Premis.
Kehilangan Sewa
Endorsemen Kehilangan Sewa perlu disertakan jika
sewa hendak dimasukkan di dalam perlindungan, dimana
ianya perlu dibayar semasa temph gangguan berdasarkan
kepada kerugian ganti-rugi dijamin (Peserta adalah
penyewa) atau bila tidak diterima ( Peserta adalah
Orang yang menyewakan).
|