Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Comprehensive
Perils Takaful(IKHLAS Peril-Peril Komprehensif
Takaful)?
IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL melindungi
kerugian, kerosakan atau kemusnahan kepada harta-benda
akibat
sebarang kemalangan, kebakaran, kecurian atau lain-lain
malapetaka yang yang tidak dikecualikan secara spesifik.
Harta-benda
seperti peralatan pejabat, komputer-komputer peribadi
dan peralatan elektronik yang disewa-beli
atau dipajak juga akan dilindungi di bawah seksyen
ini.
PENGECUALIAN
a) Kerugian-kerugian yang tidak dapat dielakkan
seperti yang pasti akan berlaku samada berlaku kerugian
atau tidak seperti haus dan usang, susut-nilai, berkulat,
bercalar dan kemik atau lekuk.
b) Kerugian yang berkaitan
akibat mana-mana proses pembersihan,
mencelup warna dan membaiki.
c) Kerugian yang diakibatkan oleh kekusutan mekanikal
atau elektrikal.
d) Pemecahan benda-benda yang telah rapuh atau getas,
jam-tangan
kecuali yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian.
e) Sebarang kerugian turutan
contohnya, kerugian penggunaan/pendapatan kerana harta-benda yang dilindungi
telah rosak.
f) Dokumen-dokumen bernilai – saham,
bon, wang syiling, setem, barangan antik, hasil-hasil
seni, ukiran, benda lama yang berharga/benda aneh
yang menarik.
HARTA-BENDA YANG BOLEH DILINDUNGI DI BAWAH TAKAFUL
SEMUA RISIKO
a) Peralatan pejabat, perabut, lekapan dan
lengkapan seperti mesin taip, mesin faks, mesin teleks,
penghawa
dingin, meja, kerusi.
b) Barangan rumah dan barangan
berharga.
c) Telefon bimbit.
NOTA:
Peralatan Jentera & Peralatan ( selain daripada
peralatan pejabat dalam kategori risiko perdagangan
dan perindustrian akan dilindungi di bawah Takaful
Peralatan Jentera & Peralatan kecuali Institusi
Kewangan mendesak mahukan IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS
TAKAFUL.
Kami tidak melindungi stok dalam perdagangan
di bawah Polisi IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS
TAKAFUL.
Peserta perlu mengambil IKHLAS Burglary
Takaful atau
IKHLAS Fire Takaful atau IKHLAS COMPREHENSIVE
PERILS TAKAFUL yang terhad kepada kebakaran dan peril-peril
berkaitan dan kecurian.
|