Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Burglary Plan?
IKHLAS BURGLARY TAKAFUL memberi
perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan harta-benda
yang dilindungi
akibat pecah masuk ketika berada dalam premis perniagaan
atau perdagangan. Perlu terdapat tanda-tanda nyata
menunjukkan kemasukan secara kekerasan di luar premis.
Kerosakan kepada premis yang terjadi akibat cubaan memasuki
premis oleh kejadian pecah rumah juga dilindungi
di bawah pelan ini.
Nota Penting: IKHLAS Fire Takaful juga mesti disertakan
dengan pelan ini untuk membolehkan kami menerima
IKHLAS Burglary Takaful.
PENGECUALIAN
a) |
Kerugian yang diakibatkan oleh penipuan,
perlakuan tidak amanah atau perbuatan jenayah oleh
peserta
atau para pekerjanya. |
b) |
Peperangan, mogok, rusuhan,
kegemparan awam dan kerosakan akibat dendam atau niat jahat. |
c) |
Kehilangan rekod-rekod
manuskrip atau rekod perakaunan. |
d) |
Reaksi nuklear,
kesan–kesan pencemaran
atau pencemaran radioaktif. |
e) |
Kehilangan secara tiba-tiba,
dalam penstoran atau kerugian turutan. |
f) |
Kerugian
berlaku semasa berlaku perubahan dalam syarat-syarat
risiko. |
g) |
Kerosakan disebabkan oleh vandalisme atau
kerosakan akibat niat buruk. |
|