Pengenalan
Skop Perlindungan
Perlindungan termasuk:
| 1. |
Kerosakan (selain daripada kebakaran) kepada
mana-mana dandang atau tekanan vesel yang dinyatakan
di dalam jadual. |
| 2. |
Kerosakan kepada facet tambahan atau bangunan-bangunan
di sekeliling, jentera-jentera dan harta-benda lain
milik Peserta. |
| 3. |
Liabiliti kerana kerosakan kepada harta-benda
yang bukan dimiliki oleh Peserta. |
| 4. |
Liabiliti kepada pihak ketiga kerana kemalangan
membawa maut (fatal) atau kecederaan diri tidak membawa
maut (non fatal personal injuries) yang disebabkan
semata-mata kerana letupan atau runtuhan mana-mana
dandang atau tekanan vesel semasa menjalankan kerja-kerja
biasa. |
Pengecualian-Pengecualian
| 1. |
Kerosakan yang disebabkan oleh kelusuhan atau
keusangan atau pembaziran bahan-bahan dandang atau
tekanan vesel, sama ada disebabkan kebocoran, pengaratan
atau oleh tindakan bahan api atau sebaliknya berlaku
penggoresan atau pembelahan mana-mana bahagian dandang
atau tekanan vesel , atau kecacatan/kemerosotan biasa,
atau kerana bertambahnya retakan, pelepuhan, laminasi
dan lain-lain kecacatan, atau kerana pembelahan,
kegagalan penyambungan atau pembengkakan dan pertukaran
bentuk akibat pemanasan melampau ke atas tiub (melainkan
kerosakan seumpama ini, pembelahan, atau pembengkakkan
mengakibatkan berlakunya letupan atau runtuhan),
atau kerana keretakan bahagian-bahagian besi lempar
pemanas dandang atau lain-lain vesel yang diperbuat
daripada besi lempar (cast iron). |
| 2. |
Kegagalan fungsi-fungsi tiub individu di dalam
dandang tiub air, lokomotif atau lain-lain jenis "multi-tubular" di
dalam pemanas-pemanas berkuasa tinggi atau alat penjimatan
(economizers) (melainkan kerosakan-kerosakan tersebut
akan mengakibatkan letupan/runtuhan). |
| 3. |
Kerosakan kepada harta-benda milik Peserta
atau berada dalam jagaan mereka atas dasar kepercayaan
atau berasaskan komisen kepada apa yang dipertanggungjawabkan
kepadanya, yang disebabkan oleh berlakunya kebakaran
akibat letupan atau runtuhan atau lain-lain sebab
sekalipun, atau kerosakan kepada loji disebabkan
oleh sebarang unsur-unsur luaran. |
| 4. |
Kerosakan dan/atau liabiliti yang disebabkan
oleh tindakan yang disengajakan atau kecuaian yang
disengajakan oleh Peserta. |
| 5. |
Kerugian yang dialami kerana pemberhentian
kerja. |
| 6. |
Kerugian atau kerosakan sama ada yang asal
atau yang selepasnya adalah secara langsung atau
tidak, sering berlaku atau jarang berlaku atau disebabkan
oleh antara mana-mana perkara berikut:- |
| |
(a) |
taufan, hurikan, gerakan gunung berapi, gempa
bumi atau lain-lain malapetaka ala. |
| |
(b) |
kerugian, kerosakan atau liabiliti yang disebabkan
secara langsung atau tidak langsung oleh kemunculan
atau diburukkan keadaannya oleh peperangan, serangan,
tindakan musuh luar negara,perseteruan (sama ada
peperangan diumumkan atau tidak), peperangan sivil,
pemberontakan, revolusi, kebangkitan awam, penderhakaan,rusuhan,
tunjuk perasaan, sekatan kerja, kegemparan awam,
ketenteraan atau rampasan kuasa, sekumpulan penjahat
atau orang-orang yang bertindak bagi pihak atau berkaitan
dengan mana-mana organisasi politik, konspirasi,
rampasan, penawanan, pengambilalihan atau pemusnahan
atau merosakkan dengan arahan "de jure" atau "de
facto" mana-mana kerajaan atau mana-mana pihak
berkuasa awam. |
| |
(c) |
Mana-mana ujian atau selain daripada ujian ke
atas tekanan tidak melebihi tekanan maksimum yang
dibenarkan oleh pihak berkuasa. |
Definisi-Definisi
Terma-terma berikut bila digunakan di dalam sepatutnya mempunyai maksud dinyatakan
di bawah:
| 1. |
Dandang bermaksud sebarang bekas bertutup yang
dibakar atau sistem gabungan bekas pemanas di mana
wap dihasilkan di bawah tekanan. Bila digunakan di
dalam Jadual, terma "dandang" adalah termasuk
peralatan-peralatan, alat pemanasan berkuasa tinggi
dan alat penjimatan (economizers) siap terpasang,
tetapi tidak termasuk pemanas wap atau penyalur air
atau alat penjimatan (economizers) berasingan, letupan
item-item seumpama itu adalah dilindungi di bawah
Sijil ini sekira ianya disenaraikan secara spesifik
di dalam Jadual. |
| 2. |
"Vesel" bermakna sebarang bekas bertutup
tidak dibakar, sedang diwap atau berada di bawah
tekanan udara. |
| 3. |
"Letupan" bermaksud pemecahan mengejut
dan cukup kencang atau berkecainya struktur dandang
atau vesel, atau mana-mana bahagiannya oleh tekanan
wap dan udara dalaman atau tekanan bahan api, yang
menyebabkan penceraian bentuk struktur yang dinyatakan
diikuti dengan lambakan keluar kandungannya.
Letupan Serombong Gas:" Letupan juga bermaksud kerosakan kepada struktur
dandang disebabkan kemalangan akibat pembakaran mengejut atau letupan pencucuh
relau atau serombong gas. |
|
| 4. |
"Runtuhan" bermaksud pengherotan
(perubahan bentuk) secara tiba-tiba dan membahayakan,
oleh mana-mana bahagian dandang atau vesel yang disebabkan
oleh tekanan penghancuran oleh wap luaran atau tekanan
bahan api, sama ada disertai letusan atau tidak,
ianya tidak bermakna melambatkan proses perubahan
bentuk yang disebabkan oleh mana-mana sebab. |
Jenis-Jenis Jentera Yang Dilindungi
Antara jentera-jentera yang dilindungi di bawah
takaful ini adalah :-
Dandang Wap Dandang pemanas air panas, alat
pemanas dan radiator
"Economizers" ( alat penjimatan)
Pemanas berkuasa tinggi
Wap/Paip penyalur
Vesel Tekanan Wap
Kawah bertutup dan lain-lain vesel menggunakan wap
atau tekanan udara
Selinder
"Calorifiers"
Mesin Penghancur (Digesters )
Penyedut Udara
Minyak Pra- Pemanas (Oil Pre-heaters)
Oven Wap Steam Presses
Mesin-mesin Wap
"Autoclaves"
"Basis Of Indeminty"
Di mana kerosakan kepada item-item yang
dilindungi boleh diperbaiki, Syarikat akan membayar
perbelanjaan
yang perlu dikenakan untuk mengembalikan semula item
yang telah rosak kepada keadaan sebelumnya iaitu
ketika ia boleh digunakan termasuk kos untuk merombak
dan membangunkan semula item yang dikenakan untuk
tujuan membaikpulih, selain kos tambang muatan biasa
ke dan dari kedai membaiki, duti kastam dan eksais,
jika ada. Jika pembaikan dijalankan di bengkel milik
Peserta, Syarikat akan membayar kos material dan
gaji yang dikenakan untuk tujuan pembaikan termasuk
peratusan munasabah untuk menanggung caj-caj overhed.
Tiada pemotongan akan dibuat ke atas susut-nilai
sekiranya alat-alat ganti ditukar, tetapi nilai mana-mana
salvaj (kos menyelamat) akan diambilkira.
Sekiranya kos-kos membaiki adalah sepadan atau melebihi
nilai sebenar item-item yang dilindungi dengan serta-merta
sebelum berlakunya kerosakan, pembayaran perlu dibuat
atas dasar seperti dinyatakan di dalam perkara (6.2)
di bawah;
Di mana item-item yang dilindungi telah musnah
Syarikat akan membayar nilai sebenar item-item tersebut
dengan serta-merta sebelum berlakunya kerugian melibatkan
kos-kos tambang muatan biasa, memasang, duti kastam
dan eksais, jika ada, hanya jika perbelanjaan-perbelanjaan
seumpama itu telah dimasukana di dalam jumlah perlindungan.
Nilai sebenar seperti itu adalah dikira dengan menolok
susutnilai sewajarnya dari nilai penggantian item.
Syarikat juga akan membayar sebarang caj-caj normal
ke atas pemecahan item-item yang telah musnah, tetapi
soal salvaj juga perlu diambilkira.
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam,
kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera
(ekspres) hanya akan dilindungi jika sebelum ini
dan secara khusus telah mendapat persetujuan secara
bertulis.
Kos-kos pengubahan, penambahan, memperbaiki atau
membaikpulih tidak akan diperolehi semula di bawah
Sijil ini.
Kos-kos pembaikan yang disyaratkan akan ditanggung
oleh Syarikat jika pembaikan tersebut membentuk kepada
bahagian pembaikan terakhir dan tidak akan meningkatkan
jumlah keseluruhan perbelanjaan pembaikan.
Syarikat akan membuat pembayaran hanya selepas diyakinkan
dengan pemberian bil-bil dan dokumen-dokumen yang
diperlukan yang pembaikan telah dijalankan atau penggantian
telah dibuat seperti yang diperlukan.
Item-item yang telah musnah tidak akan lagi dilindungi
di bawah Sijil ini, dan data penting ke atas item
gantian berkaitan akan dinyatakan kemasukannya di
dalam jadual.
Pengluasan-Pengluasan
Tunjuk Perasaan, Rusuhan Dan Kegemparan Awam
Sekiranya diminta, risiko-risiko seperti tunjuk perasaan,rusuhan
dan kegemparan awam (SRCC), tanpa menjangkakan
sekerap manakah kejadian ini boleh berlaku, juga
boleh dimasukkan ke dalam sijil. Walau bagaimana
had gantirugi yang dijamin tidak boleh melebihi
jumlah perlindungan sijil.
Caj-Caj Tambahan Untuk Kerja Lebih Masa, Kerja
Malam, Kerja Semasa Hari Cuti-Cuti Awam , Penghantaran
Segera
Caj-caj tambahan untuk kerja lebih masa, kerja malam,
kerja semasa hari cuti-cuti awam , penghantaran segera
juga boleh diperluaskan di bawah Sijil ini.
Pembayaran semula caj-caj tambahan ini terhad kepada
tuntutan-tuntutan ganti rugi jaminan dan kos-kos
pembaikan mestilah melebihi deduktible.
Cai-Caj Tambahan Kargo Udara
Caj-caj Tambahan Ke atas Kargo Udara yang dikenakan
kerana berkait langsung dengan kerja-kerja pembaikan
juga boleh diperluaskan.
Pengembalian semula caj-caj tambahan ini adalah terhad
kepada tuntutan-tuntutan yang ganti-rugi dijamin
,contohnya kos-kos pembaikan mestilah melebihi amaun
pertama/ekses.
|