Kerjaya Impian Anda Bermula Di sini
Inginkan pendapatan tanpa had? Melancong
ke mana sahaja secara percuma? Memperolehi Kelayakan
Profesional? Jadi Boss sendiri? Dikenali ramai kerana
pencapaian dan kecemerlangan?
Potensi pasaran Takaful.
Ejen Takaful sebagai kerjaya
Pendapatan yang boleh anda perolehi
Menjadi ejen yang berjaya
Pengiktirafan dan penganugerahan
Komitmen Takaful IKHLAS kepada kejayaan anda
Apakah Yang Boleh
Anda Harapkan?
Kerjaya di Takaful IKHLAS akan
menawarkan anda peluang untuk menjadi boss kepada
diri anda sendiri dan peluang untuk benar-benar mempraktikkan
nilai-nilai Islam di dalam kerjaya anda. Di Takaful
IKHLAS anda akan diberi penghargaan, dianugerah dan
mencapai kepuasan diri. Komitmen anda dalam menawarkan
khidmat perundingan kewangan dan memberi jaminan
perlindungan akan membantu para pelanggan kami untuk
mencari sedikit keselesaan di saat menghadapi bencana
tidak diduga. APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN IALAH MENGORAK
LANGKAH PERTAMA.
Mengapa
Menyertai Kami?
Kami menawarkan jaminan
kewangan untuk para pelanggan anda yang tidak ternilai
Kami mempunyai kakitangan yang berkelayakan dan tinggi tahap profesionalisme
Kami akan memandu anda ke arah kejayaan
Kami mengiktiraf pencapaian anda
Kami menawarkankan insentif tambahan kepada para pelanggan anda
Kami komited kepada tanggungjawab kami untuk membuat bayaran tuntutan
yang cekap dan pantas.
Sertai Kami Sebagai
Ejen Takaful IKHLAS dan Kecapi Kejayaan!
Kerjaya sebagai ejen di Takaful
IKHLAS akan membawa anda kepada masa depan yang menyeronokkan
dengan kemungkinan pendapatan yang memberangsangkan.Sekiranya
anda telah menetapkan sasaran anda dan bertekad serta
berusaha keras, tiada apa yang tidak mungkin. Kami
akan membantu anda di sepanjang perjalanan anda.
Mengapa anda perlu menjadi ejen am Takaful IKHLAS?
Ianya merupakan pengendali Takaful baru
dengan sokongan padu daripada syarikat induk kami
Potensi pendapatan tidak terbatas
Kewangan- anda 100% tidak bergantung kepada orang
lain
Anda menentukan sendiri kejayaan anda
Latihan yang bersesuaian, alat bantuan dan bahan-bahan
jualan akan diberi untuk menyokong kerjaya anda.
Apa yang membuat
Takaful IKHLAS sungguh berbeza?
Kami beroperai berlandaskan
model Takaful IKHLAS yang mempunyai pelbagai manfaat
untuk para pelanggan
Pelaburan kami dalam teknologi membolehkan kami menawarkankan perkhidmatan
yang lebih baik
Sistem kami yang bersepadu mampu menyokong perniagaan kami
Memudahkan urusan perniagaan sebagai contohnya komunikasi internet via
FLAS dan Point of Sales (POS)
|
Selain daripada anugerah dalam bentuk kewangan, Takaful
IKHLAS juga mengiktiraf dayausaha dan etika kerja
murni dan baik anda.
Antara anugerah yang boleh anda perolehi:-
Kewangan anda
100% tidak bergantung kepada orang lain
Sebagai ejen Takaful IKHLAS anda
bebas untuk menentukan laluan dan kejayaan anda dari
sudut kewangan, berdasarkan inisiatif dan kemahuan
diri.
Kami menyediakan
alat bantuan dan bahan-bahan jualan dalam menyokong
perjalanan anda menuju kejayaan
Takaful IKHLAS akan menyediakan
sokongan berterusan dalam bentuk bahan-bahan untuk
aktiviti-aktiviti latihan, ceramah pemasaran dan
promosi. Teknologi kami akan membantu ejen-ejen kami
dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para
pelanggan, terutamanya perkhidmatan selepas jualan.
Laluan Kerjaya
Di takaful ikhlas, karier anda bukan
saja disokong padu oleh Ketua Agensi anda, malah
kami juga kerap menjadualkan rekruit-rekrut baru
dengan Program Peluang Takaful IKHLAS (TOP) sebagai
landasan untuk memberi penjelasan mengenainya. Sila
rujuk dengan Ketua Agensi anda dan jadual yang tertera
di sini.
Dari kedudukan awal anda sebagai seorang Ejen ke
peringkat seterusnya sebagai Penolong Pengurus Unit
(AUM) di mana anda mengendali dan membina sendiri
kumpulan anda, sebelum ke tahap seterusnya sebagai
Pengurus Unit (UM) dan Pengurus Agensi (AM) iaitu
sebagai sebahagian daripada peningkatan karier anda
bersama syarikat.
Ketika ini, Pengurus-pengurus Agensi sedang mengendalikan
urusan pengambilan dan temuduga ejen.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai kami
sebagai ejen Takaful IKHLAS Sdn. Bhd., sila dapatkan
Borang Permohonan Ejen dengan mengklik:
(Borang
Permohonan Ejen Takaful Am Individu).
Sila tekan sini untuk mengisi borong pemohonan secara online.
ATAU untuk pilihan lain, hantar butir-butir peribadi
anda dengan borang permohonan dan alamat kepada:-
Penolong Naib Presiden
Jualan Agensi Takaful Am
Takaful IKHLAS
IKHLAS Point
Tower 11, Aevenue 5,
Bangsar South,
No.8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur
|