Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Takaful IKHLAS Meluangkan Masa Bersama Warga Tua Al-Ikhlas Kampung Pulau Meranti, Puchong
9 Aug 2012

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2012 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama warga tua dari Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti, Puchong. Aktiviti tanggungjawab sosial korporat ini merupakan antara program ramadhan yang telah direncanakan bagi menghargai serta berkongsi keberkatan bersama golongan yang memerlukan.

Naib Presiden Eksekutif, Operasi Perniagaan, Takaful IKHLAS, Haji Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah berkata, “Aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh Takaful IKHLAS tidak hanya tertumpu dalam memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatim tetapi juga warga tua yang mengharapkan kasih sayang dan keprihatinan seperti di rumah jagaan ini

Ujar beliau lagi, “Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini dikenalpasti sebagai rumah jagaan orang tua yang kurang menerima bantuan daripada pihak luar. Atas kesedaran itu, Takaful IKHLAS tampil menghulurkan sumbangan dan secara tidak langsung ia diharapkan mampu membuka mata pihak-pihak lain untuk turut serta memberikan bantuan.”

Takaful IKHLAS telah menyumbangkan 2 buah tangki oksigen dan beberapa barang keperluan perubatan untuk Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-IKHLAS ini. Bukan itu sahaja, setiap warga emas ini turut diberi beg cenderahati berupa juadah makanan dan beberapa keperluan harian lain.

“Saya bersyukur dan berasa amat gembira kerana dalam peruntukan waktu yang agak singkat ini kami warga Takaful IKHLAS berjaya meluangkan masa untuk berbuka puasa serta dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah bersama warga tua ini. Dengan lawatan singkat ini, saya mengharapkan agar warga tua Al-Ikhlas ini yang rata-ratanya tidak mempunyai ahli keluarga berasa terhibur dan bulan Ramadhan kali ini dapat memberi seribu erti kepada mereka,”  tambah Haji Wan Mohd Fadzlullah lagi.

Takaful IKHLAS sentiasa menekankan faktor kepuasan pelanggan dan telah memenangi pelbagai anugerah untuk perkhidmatan produk yang ditawarkan semenjak Syarikat mula beroperasi pada tahun 2003.  Sehingga hari ini, Takaful IKHLAS yang menawarkan rangkaian produk Takaful Keluarga dan Am yang komprehensif mempunyai lebih 1.8 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga mempunyai lebih 6,000 orang ejen yang sentiasa bersedia memberikan  perkhidmatan dan penerangan mengenai keperluan takaful masyarakat di seluruh Malaysia.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 adalah merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana  pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah  Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.

Siaran Akhbar Terkini
  1. Tenaga Agensi Takaful IKHLAS Memudahkan Urusan Transaksi Perniagaan Pelanggan Dengan Plug n Pay by CIMB
  1. TAKAFUL IKHLAS TIADA KAITAN DENGAN GLOBODYNE GOLD SOLUTION
  1. Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
  1. Re-opening of Pahang Regional Office
  1. Penutupan Sementara Pejabat Wilayah Pahang

Lebih | Arkib

     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.