Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Takaful IKHLAS Beri Pengalaman Cerap Anak Bulan Ramadhan Kepada Golongan Asnaf
19 Jul 2012

Kuala Lumpur, 19 Julai 2012 Seramai 30 orang kanak-kanak asnaf diberi peluang mengikuti program pencerapan anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi umat Islam di negara ini.

 

Program yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu merupakan hasil kerjasama antara Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Dato' Haji Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, "Program ini bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak asnaf di bawah seliaan LZS merasai sendiri pengalaman mencerap anak bulan Ramadhan yang tidak mudah disertai oleh orang awam".

 

Ujar beliau lagi, "Pendedahan sebegini amat berharga agar kanak-kanak ini tahu tentang kepentingan pencerapan hilal Ramadhan mengikut falsafah Islam dan korelasinya dengan sains dan teknologi".

 

Tambah Syed Moheeb lagi, program ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat Takaful IKHLAS yang dirancang khusus untuk bulan Ramadhan selain program-program lain yang digariskan sepanjang bulan tersebut.

 

Program pencerapan ini turut dihadiri Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Haji Mamat bin Said, serta Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Haji Ibrahim bin Lembut.

 

Sejurus selepas aktiviti pencerapan, keputusan penentuan awal Ramadhan dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk disiarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selain dijamu makan malam bersama tetamu-tetamu kehormat, kanak-kanak asnaf tersebut turut diberikan sumbangan zakat dan bingkisan Ramadhan oleh Takaful IKHLAS.

 

Takaful IKHLAS sentiasa menekankan faktor kepuasan pelanggan dan memenangi pelbagai anugerah untuk perkhidmatan produk yang ditawarkan semenjak Syarikat mula beroperasi pada tahun 2003.  Sehingga hari ini, Takaful IKHLAS yang menawarkan rangkaian produk keluarga dan am yang komprehensif mempunyai lebih 1.8 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga mempunyai lebih 6,000 orang ejen yang sentiasa bersedia memberikan  perkhidmatan dan penerangan mengenai keperluan takaful masyarakat di seluruh Malaysia.

 

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana  pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah  Saham Bumiputera.

 

Takaful IKHLAS yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.

Siaran Akhbar Terkini
  1. Tenaga Agensi Takaful IKHLAS Memudahkan Urusan Transaksi Perniagaan Pelanggan Dengan Plug n Pay by CIMB
  1. TAKAFUL IKHLAS TIADA KAITAN DENGAN GLOBODYNE GOLD SOLUTION
  1. Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
  1. Re-opening of Pahang Regional Office
  1. Penutupan Sementara Pejabat Wilayah Pahang

Lebih | Arkib

     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.