Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Takaful IKHLAS Anjur Seminar Bahasa Inggeris
23 May 2012

Kuala Lumpur, 23 Mei 2012 – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) syarikat pengendali Takaful negara menganjurkan seminar Bahasa Inggeris sebagai persediaan buat pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Seminar yang dianjurkan selama dua hari itu diadakan di Ibu Pejabat Takaful IKHLAS di Bangsar, Kuala Lumpur, sebagai salah satu daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat itu di bawah nama ‘IKHLAS untuk Komuniti’.

 

Seramai 60 orang pelajar Tingkatan 3 dan 5 daripada SMK Sri Pantai, Kg. Kerinchi dijemput menyertai program tersebut yang dikendalikan oleh Applied Scholastics Institute.

 

Menurut Naib Presiden Kanan Jabatan Perkhidmatan Korporat Takaful IKHLAS, Puan Yushida Husin, “Kami merasakan bahawa tanggungjawab mendidik anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang berdaya saing bukan hanya terletak di bahu pihak-pihak tertentu sahaja sebaliknya ia merupakan tanggungjawab semua”.

 

Ujar beliau lagi, “Menerusi kerjasama Jabatan Komunikasi Korporat dan Akademi IKHLAS ini, kami mahu menjadikan Takaful IKHLAS dekat di hati masyarakat sebagai institusi kewangan yang prihatin membantu mendidik anak bangsa”. 

 

Takaful IKHLAS pernah menganjurkan program yang sama pada tahun lalu dan tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan ia sebagai program tahunan memandangkan sambutan yang diterima saban tahun adalah menggalakkan.  

   

Takaful IKHLAS sentiasa menekankan faktor kepuasan pelanggan dan memenangi pelbagai anugerah untuk perkhidmatan produk yang ditawarkan semenjak Syarikat mula beroperasi pada tahun 2003.  Sehingga hari ini, Takaful IKHLAS yang menawarkan rangkaian produk keluarga dan am yang komprehensif mempunyai lebih 1.8 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga mempunyai lebih 6,000 orang ejen yang sentiasa bersedia memberikan  perkhidmatan dan penerangan mengenai keperluan takaful masyarakat di seluruh Malaysia.

 

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana  pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah  Saham Bumiputera.

 

Takaful IKHLAS yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.

Siaran Akhbar Terkini
  1. Tenaga Agensi Takaful IKHLAS Memudahkan Urusan Transaksi Perniagaan Pelanggan Dengan Plug n Pay by CIMB
  1. TAKAFUL IKHLAS TIADA KAITAN DENGAN GLOBODYNE GOLD SOLUTION
  1. Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
  1. Re-opening of Pahang Regional Office
  1. Penutupan Sementara Pejabat Wilayah Pahang

Lebih | Arkib

     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.