Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Takaful IKHLAS Anjur Seminar Persediaan Hadapi UPSR, PMR dan SPM
26 Mar 2012

Kuala Lumpur, 26 Mac 2012 – Seramai 300 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini menyertai seminar yang dianjurkan syarikat pengendali Takaful negara, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS).

 

Seminar yang dianjurkan selama sehari itu diadakan di Ibu Pejabat Takaful IKHLAS di Bangsar, Kuala Lumpur, sebagai salah satu daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat itu di bawah nama ‘IKHLAS untuk Komuniti’.

 

Pelajar-pelajar yang dipilih terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan daripada sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang, dan juga pelajar-pelajar asnaf di bawah seliaan Lembaga Zakat Selangor.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Dato’ Hj. Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman berkata, “Seminar yang diadakan ini memberi penekanan terhadap teknik menjawab kertas peperiksaan Fizik, Sains, dan Matematik dengan berkesan. Subjek-subjek tersebut merupakan subjek kritikal yang memerlukan tumpuan khusus kerana sering dianggap sukar. Namun begitu, sekiranya para pelajar berjaya menguasai teknik yang betul dan berkesan,  ia sebaliknya subjek-subjek yang mudah dan seronok dipelajari”.     

 

Ujar beliau lagi, “Program sebegini diadakan setiap tahun oleh Takaful IKHLAS kerana menyedari hakikat bahawa membina generasi yang cemerlang demi pembangunan dan kejayaan anak-anak bangsa adalah tanggungjawab semua. Ia tidak harus dibebankan kepada pihak kerajaan semata-mata, sebaliknya syarikat swasta seperti kami turut mempunyai peranan yang sama”.

 

Dalam pada itu, tenaga-tenaga pengajar yang dipilih mengendalikan seminar tersebut terdiri daripada mereka yang berpengalaman sebagai pemeriksa kertas jawapan dan tahu tentang kehendak skema pemarkahan.

 

Takaful IKHLAS tidak menolak kemungkinan untuk mengulangi penganjuran seminar ini menjelang peperiksaan pada hujung tahun nanti sebagai pecutan terakhir mengulang kaji soalan ramalan kepada kumpulan yang sama.

 

Rata-rata pelajar yang ditemui menzahirkan rasa gembira kerana telah mengetahui teknik menjawab peperiksaan dengan betul walaupun debaran menghampiri peperiksaan penting itu kian terasa.

 

Pada majlis yang sama, Naib Presiden Kanan, Jabatan Perkhidmatan Korporat Takaful IKHLAS, Puan Yushida Husin turut hadir memberikan ucapan semangat kepada semua pelajar.

 

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 adalah merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana  pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah  Saham Bumiputera.

 

Takaful IKHLAS yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.

Siaran Akhbar Terkini
  1. Tenaga Agensi Takaful IKHLAS Memudahkan Urusan Transaksi Perniagaan Pelanggan Dengan Plug n Pay by CIMB
  1. TAKAFUL IKHLAS TIADA KAITAN DENGAN GLOBODYNE GOLD SOLUTION
  1. Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
  1. Re-opening of Pahang Regional Office
  1. Penutupan Sementara Pejabat Wilayah Pahang

Lebih | Arkib

     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.