Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Takaful IKHLAS Dilantik Sebagai Pengendali Takaful Utama Buat Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang
7 Jan 2012

Kuantan, 7 Januari 2012 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) hari ini dilantik dan diberi kepercayaan penuh oleh pihak Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang (KPKP) untuk menjadi pengendali Takaful utama yang membekalkan perkhidmatan Takaful kepada seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang.

 

Perkara ini dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Takaful IKHLAS dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang (KPKP) yang berlangsung di sini. Menerusi perjanjian tersebut, Takaful IKHLAS dan KPKP akan bekerjasama memasarkan pelan Takaful IKHLAS Flexi EB kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang.

 

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful IKHLAS, Dato’ Haji Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman berkata, “Pelan Takaful IKHLAS Flexi EB ini menawarkan perlindungan kepada peserta sekiranya ditimpa musibah kematian disebabkan penyakit dan kemalangan, keilatan kekal disebabkan penyakit dan kemalangan, keilatan separa kekal disebabkan kemalangan, khairat kematian kepada anggota dan ahli keluarga, penyakit kritikal dan istimewanya produk ini juga menyediakan elaun harian hospital dan tabungan kepada anggota setelah bersara daripada perkhidmatan. Pelan ini juga boleh disertai oleh pasangan dan anak-anak peserta”.

 

Ujar beliau lagi, “Kami berharap jalinan kerjasama pada hari ini akan memberi peluang kepada Takaful IKHLAS untuk  menawarkan perkhidmatan Takaful kepada lebih ramai penduduk di negeri Pahang selain turut membantu merealisasikan hasrat kami untuk melihat industri Takaful berkembang luas di Malaysia”.

 

Tambah Dato’ Syed Moheeb, “Melalui perjanjian kerjasama ini, Takaful IKHLAS menyasarkan untuk memperoleh sumbangan sebanyak RM1.8 juta bagi tahun kewangan 2012/2013. Perjanjian persefahaman ini menjadi titik permulaan yang baik dalam melangkah ke tahun baru 2012 dan diharapkan kerjasama ini akan terjalin dengan baik dan harmoni”.

 

Sebagai salah satu strategi pemasaran pelan Takaful ini, Takaful IKHLAS akan turut menyertai program-program kemasyarakatan dan kebajikan yang dianjurkan oleh KPKP di seluruh negeri Pahang. Pada masa yang sama, ia juga seiring dengan keperihatinan Takaful IKHLAS dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya.

 

Menurut Pengerusi KPKP, Dato’ Haji Ahmad Salhi Bin Abdul Latif, “Kami sangat berharap agar perjanjian persefahaman ini dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk menambah keanggotaan baru KPKP menerusi jalinan kerjasama yang bersifat menang-menang”.

 

Beliau turut menambah, “Titik mula kerjasama dengan Takaful IKHLAS ini merupakan sesuatu yang amat kami hargai dan semoga jalinan ini diteruskan dan diperkembangkan untuk masa-masa akan datang”.

 

MENGENAI KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN PAHANG

 

  1. Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang(KPKP) telah ditubuhkan pada tahun 1926.

 

  1. Jumlah ahli kini seramai lebih kurang 10,000 orang dan terdiri pegawai-pegawai kerajaan negeri Pahang dan jumlah kakitangan koperasi berjumlah 25 orang.

 

  1. Berkerjasama dengan Agensi Insan Mesra yang diuruskan oleh Hj Azizal Bin Ahmad.

 

  1. Aktiviti utama koperasi setakat ini adalah kredit (Al Bai Bitamin Ajil dan Al Qardhul Hassan) kepada ahli dengan jumlah pinjaman maksimum 50,000 untuk tempoh 15 tahun.

 

  1. Perkhidmatan dan Faedah lain yang ditawarkan oleh pihak Koperasi kepada anggotanya:

a.     Pembelian barangan pengguna secara kredit melalui Pembiayaan Al Bai' U Bithaman Aajil.

b.    Derma dan sumbangan melalui Tabung Kebajikan Am Al Abrar.

c.     Sumbangan hadiah kemerlangan pendidikan melalui Tabung Tarbiah.

d.    Simpanan dan perlindungan pinjaman melalui Pertaruhan Al Wadi'ah.

e.     Perniagaan stesen minyak dan Kedai Mesra Petronas.

f.     Perkhidmatan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu).

g.    Dividen tahunan atas caruman yuran dan saham terkumpul.

  1. KPKP juga mempunyai aset yang telah dilindungi dengan Takaful IKHLAS dengan jumlah sumbangan sebanyak RM40,000 setahun.

 

 

Hubungi: En. Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengurus Besar KPKP

Tel: 013-9369366 / 09- 5178589

 

 

 

 

MENGENAI TAKAFUL IKHLAS

 

Takaful IKHLAS memulakan operasinya pada Julai 2003. Ia merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, syarikat pegangan pelaburan yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

 

Sepanjang lapan tahun beroperasi, Takaful IKHLAS berjaya menempatkan kehadiran yang kukuh dalam membekalkan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan sistem Takaful, yang menekankan kepada semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para peserta. Hari ini, Takaful IKHLAS dikenali ramai dalam pasaran sebagai “jenama” yang dinamik. Setakat ini, lebih 1.8 juta individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada syarikat ini dan menjadi pemegang sijilnya (peserta). Komitmen dan  pematuhan Takaful IKHLAS kepada nilai-nilai yang sangat berharga, digandingkan dengan penggunaan teknologi yang sesuai dalam menjalankan perniagaan membuatkan ia berjaya mencapai reputasi membanggakan atas pendekatan beretika dan penyerahan perkhidmatannya.

 

Takaful IKHLAS mempunyai pusat perkhidmatan di pejabat Korporat Utamanya di Bangsar South, Kuala Lumpur selain pejabat wilayah di Klang, Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.

 

Pemenang di Kuala Lumpur Islamic Financial Forum Awards 2009 bagi ‘Most Innovative Takaful Product- IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT)’, Islamic Finance News Awards 2008 bagi ‘Best Takaful/Retakaful’, dan The Brandlaureate Awards 2008 bagi ‘Best Brands in Product Branding, Consumer-Healthcare Insurance’. Selain dari yang tersebut di atas, Takaful IKHLAS juga merupakan penerima kebanggaan bagi The Islamic Finance News Polls Awards 2009 (kemenangan kedua berturut-turut) bagi Pembekal Takaful/Retakaful terbaik, “Best Takaful Provider" di Euromoney Islamic Finance Awards 2010, The BrandLaureate - SMEs Chapter Award 2009, Jenama Terbaik bagi Penjenamaan Produk, Insurans Penjagaan Kesihatan Pengguna (kemenangan kedua berturut-turut) dan produk Takaful terbaik, penghargaan dari The International Takaful Awards 2010.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: En. Hasri Hamidan, Ketua, Jabatan Komunikasi Korporat di talian  : 03-27239938 / 012-2444117 atau

faks : 03-27119997 di alamat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. IKHLAS Point, Tower 11 A, Avenue 5, Bangsar South.  No 8, Jalan Kerinchi, 59200, Kuala Lumpur.

www.takaful-ikhlas.com.my

Siaran Akhbar Terkini
  1. Tenaga Agensi Takaful IKHLAS Memudahkan Urusan Transaksi Perniagaan Pelanggan Dengan Plug n Pay by CIMB
  1. TAKAFUL IKHLAS TIADA KAITAN DENGAN GLOBODYNE GOLD SOLUTION
  1. Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
  1. Re-opening of Pahang Regional Office
  1. Penutupan Sementara Pejabat Wilayah Pahang

Lebih | Arkib

     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.