Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Takaful IKHLAS, MAA Takaful dan FOMEC Menandatangani Memorandum Persefahaman Perlindungan Takaful untuk Pelajar Asing di Malaysia
25 Nov 2011

 

Kuala Lumpur, 25 November 2011 – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan yang inovatif berasaskan prinsip dan nilai Islam bersama MAA Takaful  Berhad (MAA Takaful) dan juga FOSMEC Sdn Bhd (FOSMEC) hari ini menandatangani memorandum persefahaman ‘FOREIGN STUDENT TAKAFUL COVERAGE’.  Perjanjian persefahaman ini ditandatangani oleh Dato' Hj Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful IKHLAS bersama dengan YBhg Encik Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif, MAA Takaful  dan juga YBhg. Datuk Wira Dr. Hj. Bahari bin Datuk Hj Abu Mansor, Pengerusi FOSMEC.  

 

Dato' Syed Moheeb dalam ucapannya berkata, Takaful IKHLAS amat berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan FOSMEC dan juga MAA Takaful bagi memberikan kemudahan kepada pelajar asing yang menuntut di Malaysia.

 

“Pada hari ini Takaful IKHLAS akan menjalinkan kerjasama dengan FOSMEC untuk menghasilkan produk Hospital & Pembedahan Berkumpulan manakala kerjasama antara MAA Takaful dan FOSMEC untuk menghasilkan produk Kemalangan Peribadi Berkumpulan. Bagi Hospital & Pembedahan Berkumpulan atau GHS, polisi ini disasarkan untuk pelajar dari luar negara yang menuntut sepenuh masa di Malaysia di bawah pentadbiran FOSMEC. Idea penghasilan pelan perlindungan ini tercetus memandangkan tiada pelan sedemikian ditawarkan di negara ini bagi melindungi pelajar asing ,” kata Syed Moheeb.

 

“Pihak pengurusan Takaful IKHLAS percaya pelan ini mampu memenuhi keperluan dan perlindungan pelajar-pelajar asing yang berada di Malaysia.  Untuk permulaan Takaful IKHLAS mengunjurkan caruman sasaran sebanyak RM4,000,000 bagi pelan ini,” tambah Syed Moheeb

 

Menurut YBhg. Datuk Wira Dr. Haji. Bahari bin Datuk Hj Abu Mansor, Pengerusi FOSMEC bagi menyahut usaha Kerajaan ini, pihak FOSMEC mengambil langkah segera untuk melaksanakan program perlindungan insurans ini kepada pelajar-pelajar antarabangsa dengan menawarkan produk terbaru iaitu FOREIGN STUDENT TAKAFUL COVERAGE iaitu hasil kerjasama dengan Takaful IKHLAS dan MAA Takaful.

”Produk ini direka khas untuk pelajar-pelajar antarabangsa iaitu  merangkumi empat 4 kemudahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam garis panduan pemeriksaan kesihatan dan perlindungan insurans bagi pelajar-pelajar antarabangsa  yang berkuatkuasa 1 Julai 2008 iaitu, kemudahan pesakit luar (outpatient), kemudahan pesakit dalam (inpatient), kemalangan persendirian dan kematian (personal accident and death) serta  repatrasi (repatriation).  Dengan adanya produk ini, kebajikan pelajar-pelajar asing dapat dijaga dan ini memberi jaminan kepada mereka ketika berada di Malaysia,” kata Dr Haji Bahari.

Sementara itu, menurut  Encik Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif MAA Takaful, produk Kemalangan Peribadi Berkumpulan  ini melindungi pelajar-pelajar asing yang menuntut di Malaysia apabila berlaku kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan. Ia juga akan membiayai perbelanjaan penghantaran pulang jenazah ke Negara asal.

“Dengan sumbangan minima RM50 setahun, pelajar ini akan di lindungi sebanyak RM50,000 jika berlaku kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan. Dan, RM10,000 bagi membiayai perbelanjaan penghantaran pulang jenazah,” kata Salim Majid Zain.

“Dengan adanya skim takaful MAA ini bebanan keluarga pelajar terbabit akan dapat dikurangkan.serta kerjasama ini akan menghasilkan peluang perkembangan industri Takaful yang berterusan seperti mana yang di wawarkan oleh kerajan Malaysia,” tambah Salim Majid Zain.

 

MENGENAI FOSMEC SDN BHD

 

FOSMEC SDN BHD ditubuhkan pada Jun 2008 berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 10 Oktober 2007 telah mewajibkan pemeriksaan kesihatan bagi pelajar-pelajar antrabangsa di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta IPTA/IPTS di Malaysia. Ia merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan pemeriksaan kesihatan dan perlindungan insurans ke atas pelajar-pelajar antarabangsa di bawah arahan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

 

Matlamat FOSMEC adalah untuk menyediakan perkhidmatan  “ONE STOP CENTER” bagi pelajar - pelajar antarabangsa dengan memberi kemudahan pemeriksaan kesihatan dan perlindungan insurans secara elektronik yang lebih efisien dan efektif dan memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar antarabangsa terjaga dan terjamin ketika menuntut di Malaysia.

 

Hubungi: Muhammad Imran Razique bin Mohamed Zam Ariffin

Managing Director. Tel: 019 2668 746 & 03-7847 6414

 

MENGENAI TAKAFUL IKHLAS

 

Takaful IKHLAS memulakan operasinya pada Julai 2003. Ia merupakan syarikat subsidiari kepada MNRB Holdings Berhad, syarikat pegangan pelaburan yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

 

Sepanjang tujuh tahun beroperasi, Takaful IKHLAS berjaya menempatkan kehadiran yang kukuh dalam bekalan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan sistem Takaful, yang menekankan kepada semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para peserta. Hari ini, Takaful IKHLAS dikenali ramai dalam pasaran sebagai “jenama” yang dinamik. Setakat ini, lebih 1.8 juta individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada syarikat ini dan menjadi pemegang sijilnya (peserta). Komitmen dan  pematuhan Takaful IKHLAS kepada nilai-nilai yang sangat berharga, digandingkan dengan penggunaan teknologi yang sesuai dalam menjalankan perniagaan membuatkan ia berjaya mencapai reputasi membanggakan atas pendekatan beretika dan penyerahan perkhidmatannya.

 

Takaful IKHLAS mempunyai pusat perkhidmatan di pejabat Korporat Utamanya di Bangsar South, Kuala Lumpur selain pejabat wilayah di Klang, Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.

 

Pemenang di Kuala Lumpur Islamic Financial Forum Awards 2009 bagi ‘Most Innovative Takaful Product- IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT)’, Islamic Finance News Awards 2008 bagi ‘Best Takaful/Retakaful’, dan The Brandlaureate Awards 2008 bagi ‘Best Brands in Product Branding, Consumer-Healthcare Insurance’. Selain dari yang tersebut di atas, Takaful IKHLAS juga merupakan penerima kebanggaan bagi The Islamic Finance News Polls Awards 2009 (kemenangan kedua berturut-turut) bagi Pembekal Takaful/Retakaful terbaik, “Best Takaful Provider" di Euromoney Islamic Finance Awards 2010, The BrandLaureate - SMEs Chapter Award 2009, Jenama Terbaik bagi Penjenamaan Produk, Insurans Penjagaan Kesihatan Pengguna (kemenangan kedua berturut-turut) dan produk Takaful terbaik, penghargaan dari The International Takaful Awards 2010.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Pn. Raihan  Rahim, Ketua, Jabatan Komunikasi Korporat di talian  : 03-27239931 / 012-3469258 atau

faks : 03-27119997 di alamat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. IKHLAS Point, Tower 11 A, Avenue 5, Bangsar South.  No 8, Jalan Kerinchi, 59200, Kuala Lumpur.

www.takaful-ikhlas.com.my

 

 

MENGENAI MAA TAKAFUL BERHAD

Pemenang produk Takaful paling cemerlang sempena Forum Kewangan Islamic Kuala Lumpur ( KLIFF ) dan menjadi syarikat pertama yang memenanginya bagi tiga tahun berturut-turut dan pemenang anugerah dalam kategori ‘ Financial Insights Innovation Awards – Insurance ‘ di ‘ Asian Insurance Congress 2011 untuk system ( ICMS ).

Hubungi: Azrin Bin Ariffin, Executive Manager - Corporate Agency (012-627 4956)

Siaran Akhbar Terkini
  1. Tenaga Agensi Takaful IKHLAS Memudahkan Urusan Transaksi Perniagaan Pelanggan Dengan Plug n Pay by CIMB
  1. TAKAFUL IKHLAS TIADA KAITAN DENGAN GLOBODYNE GOLD SOLUTION
  1. Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
  1. Re-opening of Pahang Regional Office
  1. Penutupan Sementara Pejabat Wilayah Pahang

Lebih | Arkib

     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.