Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Takaful IKHLAS Sumbang RM15,000.00 untuk Membiayai Kos Kaki Palsu Lightweight Prostheses Puan Noraidawati
3 Jul 2009

Puchong, 3 Julai 2009  Puan Raihan binti Abdul Rahim, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), menyampaikan sumbangan kewangan yang bernilai RM15,000.00 kepada Puan Noridawati binti Husin baru-baru ini.  Sumbangan yang diberikan oleh Takaful IKHLAS, syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan yang inovatif berasaskan prinsip dan nilai Islam adalah bagi membantu Puan Noridawati untuk membeli sebuah kaki palsu (lightweight prostheses).

 

Semasa Noridawati berusia 15 tahun yang juga ketika itu merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana telah mengalami kemalangan ngeri, di mana kejadian itu telah memusnahkan masa depan serta menjadikan beliau cacat seumur hidup.  Kecederaan teruk di bahagian kaki Noridawati sukar untuk dipulihkan dan akhirnya doktor yang merawat beliau ketika itu terpaksa membuat keputusan memotong kaki kanannya.

 

Menurut Noridawati, “Apa yang terjadi kepada diri saya adalah kehendak Allah swt namun pada hari ini saya amat bersyukur kerana ada juga pihak yang bersimpati terhadap nasib dan kepayahan yang saya tanggung ini.  Saya amat terharu di atas sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Takaful IKHLAS. Saya hanya mampu mengucapkan syukur dan berterima kasih di atas sumbangan ini, sekali gus ianya dapat meringankan tekanan dan penderitaan yang saya tanggung,” jelas Noridawati.

 

“Kehidupan saya bagaikan mendapat sinar cahaya yang baru. Dengan adanya kaki palsu itu nanti, ianya dapat memudahkan pergerakan saya. Di samping itu ianya dapat juga membantu saya keluar mencari pekerjaan bagi meringankan beban kami sekeluarga.  Saya berhasrat untuk menolong serta menaik taraf  pendapatan dan ekonomi keluarga,” ujar Noridawati lagi.

 

Bercakap bagi pihak syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Wan Mohd Fadzlullah bin Wan Abdullah berkata, Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab di dalam pelaksanaan muamalat Islam, kami sentiasa prihatin dengan kesusahan dan kedaifan golongan mereka yang memerlukan.  Sehubungan itu, Takaful IKHLAS melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada Noridawati.”

 

Tambah Tuan Haji Wan Mohd Fadzlullah lagi, “Kami berharap dengan adanya sumbangan tersebut, ianya dapat mengubah kehidupan Noridawati sekeluarga. Kaki palsu baru yang bakal di miliki oleh Noridawati sekurang-kurangnya dapat meringankan beban beliau yang amat memerlukan pertolongan di dalam pergerakan seharian bagi menguruskan anak-anaknya yang masih kecil serta kehidupannya.  Kami amat gembira kerana pertolongan ini dapat memberi keceriaan serta perjalanan kehidupan yang baru buat beliau, di samping kami  mampu memberi keceriaan kepada beliau.”

 

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana  pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah  Saham Bumiputera.

 

Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya. 

Siaran Akhbar Terkini
  1. Tenaga Agensi Takaful IKHLAS Memudahkan Urusan Transaksi Perniagaan Pelanggan Dengan Plug n Pay by CIMB
  1. TAKAFUL IKHLAS TIADA KAITAN DENGAN GLOBODYNE GOLD SOLUTION
  1. Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
  1. Re-opening of Pahang Regional Office
  1. Penutupan Sementara Pejabat Wilayah Pahang

Lebih | Arkib

     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.