Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Pusat Media > Berita
Takaful IKHLAS Terima Anugerah Kategori Tanggungjawab Sosial Korporat
22 Mar 2011

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) meraih satu lagi kejayaan baru-baru ini apabila berjaya merangkul anugerah bagi kategori Tanggungjawab Sosial Korporat bagi kerja-kerja kemasyarakatan Syarikat pada Malam Anugerah Takaful kali kedua anjuran Persatuan Takaful Malaysia.

"Tanggungjawab Sosial Korporat hari ini merupakan sebahagian daripada cara sesebuah organisasi mencapai kemajuan dalam perniagaan. Pada dasarnya ia adalah satu set tindakan telus dan beretika untuk 'mengembalikan', memelihara, dan membantu kemajuan pelbagai persekitaran yang di dalamnya syarikat tersebut beroperasi.

Ini bertujuan menyumbang kepada setiap rakan kongsi, pelanggan dan sumber yang tanpanya organisasi tidak akan dapat mencapai kejayaan dan kemajuan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Hj Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman dalam satu kenyataan hari ini.

"Takaful IKHLAS mengamalkan falsafah perkongsian tanggungjawab sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat dalam strategi perniagaan kami.

Kami bersyukur kerana dapat terus memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan," tambah beliau.

Pada majlis tersebut, Takaful IKHLAS juga telah berjaya merangkul empat lagi anugerah iaitu Bancatakaful: Anugerah Pengeluar Individu Terbaik, Bancatakaful: Anugerah Pengeluar Individu Terbaik - Terangkai Pelaburan Biasa, Bancatakaful: Anugerah Pengeluar Individu Terbaik - Terangkai Pelaburan Tunggal dan Anugerah Pengurus Takaful Muda.

-- BERNAMA

Berita Terkini
  1. Almost 80,000 Policemen to be Insured for as low as RM9 per month
  1. Hampir 80,000 Anggota Polis Nikmati Insurans Serendah RM9
  1. Notis Berkenaan GVGSSB
  1. Takaful IKHLAS Launches Campaign For Civil Servants
  1. Takaful IKHLAS Lancar Kempen Bagi Penjawat Awam

Lebih | Arkib

     

Hakcipta © 2013 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.