English Bahasa Melayu
Homepage | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Profil Korporat > Profil Korporat
 

Dalam 5 tahun operasi kami, Takaful IKHLAS telah mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam. Kini reputasi kami dalam pasaran sebagai satu 'jenama' dinamik begitu dikenali ramai.

Hingga kini, lebih daripada 400,000 individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada kami dan menjadi pemegang sijil (polisi).

Komitmen dan pegangan kami kepada nilai-nilai yang amat kami hargai, bersama-sama dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan perjalanan perniagaan, telah membina nama baik kami atas pendekatan dan penyediaan perkhidmatan yang beretika.

Portfolio kami meliputi rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Am dan Kumpulan serta rider-rider untuk individu dan usahaniaga komersial. Banyak lagi produk dan perkhidmatan yang sedang kami rancangkan untuk jangkamasa yang terdekat. Saluran pengedaran/perkhidmatan kami yang terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan terlatih sentiasa bekerjasama rapat dengan warga kerja kami. Saluransaluran ini terdiri daripada 4,000 orang wakil agensi, broker, institusi kewangan, pemegang francais kenderaan bermotor, koperasi dan organisasi-organisasi Islam.

Dalam tempoh tiga tahun, kami telah mewujudkan rangkaian agensi yang luas dengan kehadiran kami di semua pusat bandar utama serta beberapa bandar kecil, di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Tahap piawaian etika tinggi yang telah kami tetapkan untuk warga kerja dan rakan perniagaan, dapat dilihat menerusi tindak balas kami yang pantas terhadap para pelanggan dan reputasi kami dalam perkhidmatan tuntutan yang adil dan cepat. Kami tidak mempunyai sebarang pembayaran tuntutan 'tertunggak' dengan kelulusan diproses dalam masa 24 jam bagi kebanyakan kes.

Selari dengan komitmen kami untuk mencapai kecemerlangan, kami telah menyediakan satu sistem pengurusan prestasi yang berdasarkan kepada meritokrasi untuk warga kerja kami. Kami turut mendapatkan khidmat perunding untuk menjalankan kajian daya kecekapan yang menyeluruh untuk semua warga kerja bagi mempertingkatkan kebolehan mereka. Kami juga melaksanakan program berdasarkan sistem nilai bagi semua warga kerja untuk memastikan mereka terus mematuhi nilai teras kami.

Penggunaan teknologi kami dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Hingga kini, kami telah membuat pelaburan yang besar dalam bidang ini sebagai menyokong falsafah kami untuk mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan kepada para pemegang sijil dan rakan perniagaan kami.

Selain daripada menggunakan teknologi terkini untuk memacu proses di barisan hadapan dan di belakang kami, serta menyepadukan kedua-duanya, kami juga merupakan antara syarikat yang pertama menggunakan Sistem e-Nota Lindungan yang menghubungkan Takaful IKHLAS dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ. Selain itu, kami juga mempunyai satu Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik yang berupaya mempercepatkan proses penilaian tuntutan kenderaan bermotor. Kami juga, turut melancarkan portal agensi, I-POS yang membolehkan para ejen menyemak portfolio perniagaan mereka.

Dari sudut korporat, syarikat induk kami, MNRB Holdings Berhad (MNRB) atau dahulunya dikenali sebagai Malaysian National Reinsurance Berhad, telah meningkatkan Modal Berbayar kami kepada RM195 juta bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa selain mengembangkan perniagaan kami dalam industri Takaful.

Memandang ke hadapan, prospek bagi dua tahun yang akan datang menjanjikan pencapaian yang lebih baik bukan hanya kepada Syarikat, bahkan kepada para pemegang sijil dan rakan perniagaan kami. Ini selaras dengan usaha kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan memberi pulangan yang lebih baik kepada semua pemegang kepentingan kami. Insya Allah, lebih banyak kejayaan akan dicapai. Matlamat kami adalah untuk menjadikan Takaful IKHLAS sebagai perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan dan kami pastikan segala usaha akan dilaksanakan untuk memenuhi hasrat ini.

     

WEBSE Design Solution by WEBSEAsia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business DirectoryHakcipta © 2009 Takaful Ikhlas Sdn Bhd | Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi
Ahli kumpulan MNRB Group.


ISO 9001:2000 Certificate:SG07/1251