English Bahasa Melayu
Homepage | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Profil Korporat > Produk Berinovatif & Perkhidmatan Berkualiti
 

Kami bertekad untuk menyediakan perlindungan Takaful keluarga dan am secara komprehensif. Kami memberikan penekanan utama terhadap inovasi produk yang menawarkan ciri-ciri kelainan bagi memastikan penerimaan pasaran.

Produk perlindungan keluarga kami memberi tumpuan terhadap simpanan atau pelan berkaitan pelaburan serta pelan perlindungan gadai janji. Perlindungan am pula menawarkan pelan-pelan berinovatif untuk melindungi harta seperti kenderaan, bangunan dan aset-aset lain. Dalam tempoh jangka panjang, kami akan terus memperluaskan rangkaian produk kami bagi memenuhi keperluan dan keinginan para pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelan-pelan ini diunderait bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pelanggan, dari golongan berpendapatan sederhana hinggalah golongan berpendapatan rendah meliputi pasaran luar bandar, sebagai memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

Dalam pada itu, perkhidmatan kami disokong oleh teknologi canggih yang direka bagi memastikan maklumat yang tepat dan menepati masa. Ini akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme kami semasa berurusan dengan para pelanggan, di samping memberi nilai tambahan dalam perkhidmatan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Antara perkhidmatan sokongan yang dimanfaatkan oleh Takaful IKHLAS adalah:

“Point of Sales” System
Sistem ini memberikan hubungan terus kepada sebutharga dan ilustrasi jualan, yang boleh ditukarkan menjadi polisi. Ia juga menyediakan Analisis Keperluan Kewangan, pengunderaitan dan kelulusan secara “online”.



Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
Sistem secara elektronik ini berupaya menghantar maklumat mengenai anggaran tuntutan di antara Takaful IKHLAS , pembaikpulih kenderaan dan penyelaras tuntutan luaran. Semua tuntutan pampasan akan diluluskan dalam tempoh 24 jam.

BANTUAN IKHLAS, 24 Jam Bantuan Kerosakan
Di Jalanraya

Perkhidmatan ini menawarkan bantuan 24 jam, 365 hari setahun kepada para peserta sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan. Sekiranya diminta, pusat panggilan akan menghantar kemudahan menunda, bagi membolehkan kenderaan anda dihantar ke panel bengkel kenderaan yang berhampiran.

e-Nota Lindungan
Perkhidmatan ini dihubungkan secara elektronik kepada Sistem Insurans JPJ. Ia memudahkan urusan memperbaharui dan mengeluarkan nota lindungan insurans dan cakera cukai jalan dengan menyediakan pusat perkhidmatan setempat. Ini merupakan sebahagian daripada hasrat kami dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada para peserta kami.

e-IKHLAS
Sebagai salah satu usaha berterusan Syarikat untuk memperkenalkan saluran transaksi yang inovatif, Takaful IKHLAS telah melancarkan e-IKHLAS. Saluran transaksi ini membolehkan para pelanggan mendapatkan polisi kenderaan bermotor mereka, samada polisi baru atau pembaharuan, secara terus melalui internet dari Takaful IKHLAS .

     

WEBSE Design Solution by WEBSEAsia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business DirectoryHakcipta © 2009 Takaful Ikhlas Sdn Bhd | Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi
Ahli kumpulan MNRB Group.


ISO 9001:2000 Certificate:SG07/1251