|
Tuntutan-tuntutan Kenderaan Bermotor
Ujian sebenar ke atas sebarang perlindungan insurans
akan tiba di saat-saat anda ingin membuat tuntutan. Takaful IKHLAS, memberikan anda lebih nilai
ke atas wang anda di setiap peringkat urusan dan ianya adalah
amat penting bagi kami. Lantas kami telah merekacipta
proses-proses tuntutan supaya menjadi semudah dan
secekap yang mungkin.
Tuntutan Kenderaan Bermotor Kami di bahagikan kepada
3 jenis
Prosidur Tuntutan
4 Langkah Mudah Untuk Membuat Bayaran Tuntutan. Anda
terlibat dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan kepada kami.
Langkah 1 - Buat laporan polis secepat mungkin selepas kemalangan
-
Langkah 2 - Maklumkan kepada Jabatan Tuntutan kami/ejen/
panel bengkel membaiki kenderaan mengenai kemalangan
dan dapatkan borang tuntutan untuk dilengkapkan.
Jika kenderaan masih boleh dipandu, hantar kenderaan
ke panel bengkel berhampiran, jika tidak sila hubungi
no. talian bebas tol kami 1-800-88-1186 untuk perkhidmatan
penundaan.
Langkah 3 - Pastikan anda menghantar dokumen-dokumen
sokongan untuk membolehkan kami mempercepatkan proses
tuntutan anda.
Langkah 4 - Kebenaran untuk membaiki kenderaan
akan dikeluarkan kepada bengkel membaiki kenderaan
dalam tempoh 24 jam sebaik saja anggaran pembaikan
atau laporan penaksir telah diterima.
Sila hantar dokumen-dokumen berikut
untuk menyokong tuntutan anda:
1) Kerosakan Sendiri Kenderaan Bermotor
Borang tuntutan yang telah dilengkapkan
Laporan Polis Yang Asal
Anggaran pembaikan oleh bengkel membaiki kenderaan termasuk gambar-gambar
yang menunjukkan kerosakan
Salinan Kad Pendaftaran
Salinan Kad Pengenalan Peserta
Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu
Salinan Cukai Jalan
2) Kerosakan Diri Kenderaan Bermotor Perjanjian Sesama
Selesai
(Knock for Knock)
Borang tuntutan yang telah dilengkapkan
Laporan Polis Yang Asal
Anggaran pembaikan oleh bengkel membaiki kenderaan termasuk gambar-gambar
yang menunjukkan kerosakan
Salinan Kad Pendaftaran
Salinan Kad Pengenalan Peserta
Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu
Cakera Cukai Jalan
Salinan Laporan Penemuan Polis Yang Telah Disahkan
Salinan Laporan Polis Pihak Ketiga Yang Telah Disahkan
Salinan pelan lakaran polis yang telah disahkan dan kunci-kunci kenderaan
Borang Perakuan Kerosakan Diri Perjanjian Sesama Selesai (OD KFK)
3) Kecurian Kenderaan Bermotor/Kerugian Menyeluruh/Kerugian
Menyeluruh Konstruktif/Kebakaran
Borang tuntutan yang telah dilengkapkan
Laporan Polis Yang Asal
-
Kad Pendaftaran Yang Asal
JPJ K3 dan JPJ K8 yang telah ditandatangani/dicop
Sijil Asal
Kunci untuk ke kenderaan
Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta
Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu
Surat Akuan JPJ *
Laporan Pihak Bomba (bagi Kebakaran sahaja)
Untuk korporat dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti
berikut:-
4) Cermin Bahagian Hadapan Kenderaan
Borang Tuntutan yang telah dilengkapkan
Laporan Polis Yang Asal (jika ada)
Gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan (sebelum dan selepas penggantian)
Bil Pembaikan Yang Asal
Salinan Kad Pendaftaran
Klik
disini untuk muat turun borang tuntutan
|