| 1. |
Bantuan Kecemasan & Tundaan
Jika kenderaan rosak dan tidak dapat bergerak, pusat panggilan
kami akan menghantar khidmat penundaan dan bayaran sehingga RM200.00
(DUA RATUS RINGGIT MALAYSIA) bagi membaiki kerosakan dan/atau penundaan
kenderaan anda ke bengkel panel kami yang terdekat atau kediaman pemandu. |
| 2. |
Bantuan di Jalanraya.
Melibatkan penghantaran & penggantian bateri baru, jumpstart, bantuan
bagi tayar pancit & penghantaran minyak petrol (harga tayar, bateri &
minyak petrol adalah ditanggung oleh peserta). |
| 3. |
Penggantian Kereta.
MASA akan menyediakan Kereta Ganti (Car Replacement) untuk tiga
(3) hari. Tuntutan Kemalangan Kereta lebih daripada RM10,000.00
akan berdasarkan pembayaran balik dan sehingga maksima RM300.00
(TIGA RATUS RINGGIT) sahaja. |
| 4. |
Bantuan Kembara Alternatif
Ahli layak untuk memilih satu (1) cara alternatif bagi pengangkutan
melalui jalanraya, landasan keretapi atau udara. MASA akan membayar
bagi pengangkutan berdasarkan penebusan semula sehingga RM100.00
(SATU RATUS RINGGIT MALAYSIA) jika ahli mengembara sekurang-kurangnya
100 km dari kediaman ketika kenderaan tidak dapat bergerak disebabkan
kerosakan biasa lebih daripada empat puluh lapan (48) jam.
** Kenderaan haruslah diperiksa dan diperbaiki di bengkel panel kami sahaja. |
| 5. |
Bantuan Tempat Tinggal Alternatif
MASA akan menguruskan penginapan di hotel untuk satu (1) malam
dengan penebusan semlua sehingga RM100.00 (SATU RATUS RINGGIT
MALAYSIA) jika ahli mengembara sekurang-kurangnya 100 km dari
kediaman ketika kenderaan tidak bergerak disebabkan kerosakan
biasa lebih daripada empat puluh lapan (48) jam.
** Kenderaan haruslah diperiksa dan diperbaiki di bengkel panel MASA sahaja. |
| 6. |
Bantuan Evakuasi Kecemasan
Jika berlaku kemalangan, MASA akan menghantar ambulans atau kenderaan
dari segi lain bagi menghantar ahli ke pusat kesihatan atau hospital
yang terdekat. |
| 7. |
Bantuan Kenderaan Repatriasi
Jika pembaikan kereta tidak dapat dilaksanakan di dalam negara atau di
bengkel di mana kenderaan telah ditunda mengikut Seksyen 3.1 Bantuan
Kecemasan dan Penundaan), MASA akan membantu ahli dalam proses repatriasi
kenderaan ke kediaman ahli dengan tanggungan ahli. Ahli juga perlu membayar
kos tersebut serta-merta dan penuh. |
| 8. |
Notis jika berlaku kecemasan
Jika berlaku kecemasan, MASA akan memastikan ahli keluarga terdekat
atau syarikat akan dimaklumkan. |
| 9. |
Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer oleh PUSPAKOM
Bagi memastikan keselamatan kenderaan di jalanraya, ahli boleh menghantar
kenderaan mereka di mana-mana pusat PUSPAKOM di seluruh negara untuk pemeriksaan
(8-point inspection) dan nikmati dikaun RM5.00 (LIMA RINGGIT MALAYSIA).
Ahli-ahli harus menghubungi Pusat Panggilan MASA sebelum pemeriksaan. |
| 10. |
Penyewaan Kereta yang Istimewa
Ahli-ahli akan dapat menikmati diskaun sehingga 30% bagi sewaan kereta dari
AVIS dengan syarat ahli berumur lebih dari 23 tahun, mempunyai kad kredit dan
lesen memandu yang sah. Kesemua kos sewaan kereta termasuk kos-kos lain hendaklah
ditanggung sepenuhnya oleh ahli. |
| 11. |
Penginapan Hotel dan Resort yang Istimewa
Ahli akan menikmati diskaun sehingga 50% di hotel-hotel dan resort yang
terpilih. Sila hubungi MASA untuk mengetahui hotel-hotel dan resort yang
tersenarai. Semua kos hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh ahli. |