Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Piagam Pelanggan

1  l   2   l   3   l   4  
 
 

KENYATAAN ANTI-FRAUD


Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. komited mengawal fraud dengan memberi penekanan pada pencegahan yang proaktif, mengambil langkah pengesanan sewajarnya dalam usaha kami mengurangkan kemungkinan yang boleh membawa kepada fraud. Pendekatan kami terhadap kawalan fraud tertumpu pada mengekalkan suasana legal dan beretika yang menggalakkan semua pihak berkepentingan melindungi aset Syarikat dan menyuarakan sebarang kesangsian terhadap fraud. Kami percaya pada toleransi sifar terhadap fraud. Oleh itu, apabila fraud dikesan, disyaki ataupun didakwa, kami komited untuk menyiasat perkara itu secara menyeluruh. Kami akan bekerjasama erat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keadilan ditegakkan dan melaksanakan langkah-langkah pemulihan serta meminimumkan kerugian.

 
PERKARA PENTING UNTUK DIINGATI

Tidak ada apa yang lebih memuaskan hati kami selain dari mengetahui bahawa kami memainkan peranan penting dalam membantu anda menguruskan masa depan kewangan anda. Perjalanan kami bersama anda berterusan sepanjang hayat anda dan untuk generasi depan anda. Hubungan kami bersama anda dibina di atas platform saling percaya dan hormat. Bagi memperteguh kepercayaan itu, kami memasukkan beberapa item yang dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat yang melibatkan sijil anda.

1. Tempoh Lihat Percuma (Dikenakan ke atas semua pelan keluarga kecuali pelan bersambung pelaburan)
Tempoh lihat percuma bermula dari tarikh pertama anda menerima dokumen sijil baru.
Jika anda memutuskan untuk membatalkan pelan Takaful, anda mempunyai 15 hari dari tarikh pertama anda menerima dokumen sijil. Sila hantar surat kepada kami bagi mengesahkan hasrat anda dan kami akan membayar balik semua caruman yang sudah dibayar selepas menolak sebarang belanja perubatan yang dikenakan semasa menerima cadangan anda.
Sebaik sahaja Sijil dipulangkan kepada Takaful IKHLAS dan dibatalkan oleh Takaful IKHLAS, ia dianggap tidak berkuat kuasa dari tarikh dikeluarkan.

2. Menamatkan perlindungan Takaful IKHLAS anda bagi memasuki pelan Takaful Baru
Tahukah anda apabila anda menukar atau menyerahkan sijil Takaful IKHLAS sedia ada bagi menggantikannya dengan yang lain (dari operator yang sama ataupun berbeza), anda akan rugi?
Sijil baru itu biasanya mempunyai caruman yang lebih tinggi berdasarkan umur sekarang.
Anda mungkin perlu membayar caruman tambahan ataupun dinafikan perlindungan Takaful jika anda perubahan pada kesihatan anda.
Pada kebanyakan sijil perubatan dan penyakit kritikal, tempoh menunggu (jangka masa apabila tiada tuntutan dibayar) dimulakan dari tarikh terbitan sijil ataupun tarikh lantikan semula, yang mana kemudian.

Anda boleh mencapai objektif kewangan anda dengan menambahkan perlindungan Takaful IKHLAS berbanding menggantikannya. Gunakan hak anda untuk mengekalkan objektif kewangan anda di landasan yang betul dan berwaspadalah dari dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk membatalkan sijil takaful sedia ada anda..

3. Bayaran Caruman
Anda boleh menggunakan kemudahan auto debit bank ataupun kad kredit bagi membuat bayaran kepada Takaful IKHLAS.
Bayaran juga boleh dilakukan melalui perbankan ATM/Telefon kepada Takaful IKHLAS.
Bagi kemudahan anda, kami galakkan anda untuk menggunakan Perbankan Internet bagi merancang bayaran caruman untuk mengelakkan kelewatan.
* Selain itu, anda boleh membayar wang tunai secara terus ke pusat perkhidmatan kami atau bank-bank yang ditetapkan. Sekiranya anda membuat bayaran caruman menggunakan cek, sentiasa pastikan bahawa cek itu dibayar hanya kepada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

4. Maklumat Peribadi Anda
Kami komited untuk memastikan bahawa keselamatan dan kesejahteraan maklumat peribadi pelanggan kami di semua operasi. Maka, kami mengambil langkah keselamatan ketat sewajarnya bagi menghalang akses tanpa kebenaran, yang mungkin menyebabkan pemindaan, pemusnahan ataupun kecurian data ataupun kompromi kepada kerahsiaan data pelanggan kami. Bagi melaksanakannya, kami memastikan kakitangan kami mematuhi standard keselamatan dan kerahsiaan yang paling ketat.

Maklumat peribadi anda hanya akan digunakan oleh kakitangan Takaful IKHLAS yang diberi kuasa bagi memproses dan mentadbirkan pelan takaful anda.
Data anda tidak akan dikongsi dengan pihak lain yang tidak diberi kuasa oleh Takaful IKHLAS untuk memproses atau mentadbir pelan takaful anda.

5. Komprehensif dan Transparensi dalam Maklumat Produk
Pada setiap masa kami komited bagi memastikan bahawa sebarang pendedahan produk dan perkhidmatan kami adalah adil dan tepat. Kami tidak dengan tujuan ini terlibat dalam perlakuan yang memperdaya ataupun menipu ataupun membuat sebarang perwakilan yang salah atau memperdayakan terhadap produk dan perkhidmatan yang kami sediakan. Kami akan mendedahkan semua yang berkaitan dan terma dan syarat material berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

6. Dokumen biasa bagi memudahkan rujukan/permohonan
Kami menyediakan borang-borang ini dalam talian bagi kemudahan anda:-
  - Application/ Proposal Forms
- Borang Permohonan/Cadangan
- Terma Sijil
- Borang Tuntutan
- Borang Sokongan
- Risalah Pendedahan Produk

Bagi mendapatkan butiran lanjut, sila rujuk laman web kami di: www.takaful-ikhlas.com.my/downloads/forms.

Bagi bantuan segera perkhidmatan dan pertanyaan, sila hubungi Nombor Telefon kami di 03-2723 9999 ataupun hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan terdekat kami ataupun e-mel kami:

Alamat e-mel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my

7. Pematuhan Syariah
Di Takaful IKHLAS, kami mengendalikan dan menguruskan perniagaan kami menurut prinsip-prinsip Syariah. Kami komited sepenuhnya dalam memastikan keadilan dalam semua urusan kami. Oleh itu, semua operasi perniagaan dan urus niaga diselia oleh prinsip-prinsip tadbir urus syariah yang teguh di bawah bimbingan Jawatankuasa Syariah yang terdiri daripada sarjana Syariah yang berpengalaman dan berkelayakan.
 
 
 
 
     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.