Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Piagam Pelanggan

1  l   2  l   3  l   4  
 
 
PENGENALAN

Di Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS), pelanggan adalah keutamaan dalam segala yang kami lakukan. Objektif kami adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan yang digemari. Kami dibimbing oleh sekumpulan falsafah bagi membangunkan perniagaan dan mencapai misi kami. Kami percaya pada integriti yang membuatkan kami kekal beretika dan profesional dalam semua urusan demi manfaat masyarakat secara keseluruhan.

Kami komited menghasilkan produk-produk yang bernilai tambah dan perkhidmatan berkualiti melalui kakitangan yang cekap, rangkaian pengagihan berkesan dan penggunaan teknologi secara efisien yang mendukung pengurusan perniagaan yang cemerlang dan inovasi dalam persekitaran yang kreatif, dinamik dan agresif. Pemerolehan perniagaan dipacu oleh pemahaman yang jelas mengenai keperluan pasaran dan pertumbuhan yang teratur.

Nilai Teras (IQRA) kami meliputi seluruh organisasi. Falsafah ini membantu kami berjaya dalam perniagaan, dan membantu kami dengan baik dari sekarang ke masa depan dari operasi perniagaan seharian kepada pembangunan produk dan perkhidmatan pelanggan Klik Di Sini

Dasar Berkualiti kami adalah bagi mewujudkan Institusi Kewangan Islam yang dinamik dan progresif; dengan melibatkan semua pekerja bagi mempertingkatkan semua aktiviti secara berterusan bagi memenuhi ataupun melampaui jangkaan para pelanggan Klik Di Sini

Visi dan misi Syarikat sudah dipertimbangkan dengan teliti. Semua ini menjadi sia-sia sekiranya kami tidak menyokong dan memacu pencapaian visi dan misi dengan tingkah laku yang sesuai iaitu budaya yang betul. Dengan kerjasama, kami akan dapat mencapai tujuan ini melalui amalan Nilai Teras (IQRA) kami Klik Di Sini

Kami menganggap tadbir urus Syariah sebagai keutamaan yang paling penting dan strategik. Kami menggaji sepasukan ahli profesional yang berkelayakan bagi memastikan bimbingan dan nasihat yang diterima daripada Jawatankuasa Syariah dilaksanakan berdasarkan apa yang dinyatakan dan tujuannya. Struktur dan proses yang sesuai dilaksanakan bagi mengkaji tadbir urus keperluan Syariah secara berkala.

Kami percaya kepada membina hubungan sepanjang hayat, dari memberikan pengalaman pelanggan yang sebaik mungkin, kepada menjaga masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat kami.

Inilah sebabnya kami sentiasa gigih mahu memudahkan anda. Jadi, ambillah langkah pertama ke arah kebebasan kewangan bersama kami hari ini.
 
MUDAH DIHUBUNGI

Kami komited mahu menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam mengendalikan pertanyaan dan aduan. Anda boleh menghubungi kami melalui saluran-saluran berikut:

• Lawati mana-mana Rangkaian Komprehensif kami di seluruh negara Klik Di Sini
• Hubungi kami @ : Talian Am : 03 2723 9999
  Pusat Panggilan : 03 2723 9696
• Menulis pada kami @ : Pengurusan Hubungan Pelanggan
 

Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.

 

Tower 11A, Avenue 5,

 

Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi,

 

59200 Kuala Lumpur

 

Faks   : +603 – 2711 8448

 

Emel   : ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my

            : complaints@takaful-ikhlas.com.my

Bagi mendapatkan butiran lanjut, layari laman web kami di www.takaful-ikhlas.com.my

 
KOMITMEN KAMI KEPADA PERTANYAAN DAN ADUAN

Kami percaya bahawa anda berhak menerima layanan yang efisien, jujur dan adil dalam urusan anda bersama kami, terutamanya apabila berlakunya sesuatu yang tidak kena.

Kami mahu terus tahu jika kami boleh mempertingkatkan perkhidmatan kami dan mengalu-alukan maklum balas anda kerana kami benar-benar mahu menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Sekiranya kami belum dapat memenuhi apa yang anda harapkan, sila beritahu kami. Sekiranya kami sudah melampaui apa yang anda harapkan, kami juga suka mendengarnya.

Proses pengendalian aduan kami adalah berdasarkan falsafah berikut:-

• Penerimaan Kami mengakui bahawa kami mungkin belum dapat memenuhi apa yang anda harapkan dan akan menerima semua aduan.

• Pemilikan Kami bertanggungjawab menyelesaikan aduan anda. Sekiranya kami perlu memindahkannya kepada orang lain disebabkan oleh sifat ataupun kerumitan pertanyaan/aduan itu, kami akan maklumkan kepada anda.

• Pengumpulan Maklumat Kami akan mengesahkan butiran anda dan menjelaskannya sekiranya kami tidak pasti.

• Layanan Kami akan memastikan bahawa anda dan aduan anda dilayani secara adil.

• Komitment Kami akan mematuhi apa yang kami komited mahu lakukan.

• Kesemasaan Semua aduan diselesaikan dalam rangka masanya. Ini berdasarkan jenis aduan yang anda buat yang terdiri daripada aduan jenis biasa, aduan jenis rumit ataupun aduan melibatkan agen yang memerlukan siasatan lanjut.
  Bagi aduan yang mungkin mengambil lebih masa untuk diselesaikan, kami akan maklumkan perkembangannya kepada anda.

• Resolusi Kami menyasarkan untuk mencapai resolusi yang diterima secara bersama bagi semua aduan.
 
 
 
 
     

Ahli PIDM

Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Dasar Privasi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.