|
TTakaful mengikut definisinya ialah pakatan satu
kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong -
menolong dalam bentuk material antara satu sama lain
atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa
malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap
pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai
bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan
untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan
sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan
konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan
saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu.
Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana
sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding
dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan
di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful
ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati
kehidupan berdasarkan perundangan Islam.
Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang
dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad
ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan
bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan
dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat'
(perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup
yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan
transaksi perniagaaan.
Konsep insurans konvensional masih belum mendapat
persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada
ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans
konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud
semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan
untuk menentukan samada insurans adalah halal atau
sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans
itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara
mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu
haram.
|
|
Apakah
perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa
insurans itu halal? |
|
Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah
dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak
moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada
nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah).
Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah
Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai
sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat
bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan
Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:-
"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan)
kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi,
(sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah
: 13)
Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah
kontrak yang membawa kepada
maslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured).
Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang
akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat
selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa
adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan
insurans.
|
|
Mengapa
insurans konvensional diharamkan? |
|
Mengikut
Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah
diharamkan atas sebab-sebab berikut:-
[a] Gharar
''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud
ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan
sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau
tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di
mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih
dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak
jual-beli di mana peserta membayar harga (premium)
dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam
kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan
kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.
Ayat Quran yang bermaksud:-
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan
jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali
dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan
sesama sendiri". (an-nisa':29)
Walau bagaimanapun "barang" (subject matter)
di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan
kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan
yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang
ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah
dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-
i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans
atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut.
Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat
pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium
yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans,
juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada
kontrak tersebut.
ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak
mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung
kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin
berlaku.
iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau
peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta
tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil
pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu
juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa
banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang
penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali
atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi
jumlah yang tidak setara dengan premium.
iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak
ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika
tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi
yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional
di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang
tidak diketahui.
[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang
bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan
dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak
penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana
tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan
pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber
wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya
tidak ditentukan.
[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah.
Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'.
Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para
ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan
'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah
samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah
'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah
S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi)
di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau
kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah
S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum
untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma
dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat
bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan
emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan
bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan
perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah
di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia
insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini
mempertikaikan bahawa syarikat insurans
konvensional memberi pinjaman daripada premium yang
diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat
dinafikan lagi sebagai riba.
|
|
Apakah
perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional? |
|
 |
|
 |
| |
| Takaful |
Insurans Konvensional |
Berasaskan
semangat kerjasama dan 'Tabarru' |
Semata-mata
berdasarkan faktor-faktor komersial |
Bebas
daripada 'riba', 'gharar' dan 'maisir' |
Banyak
terlibat dengan 'riba, 'gharar', dan
'maisir' |
Majlis
Penasihat Syariah (SAC) |
Tiada
Majlis Penasihat Syariah (SAC) |
Keuntungan
akan di kongsi di antara pengendali (syarikat)
dan peserta berasaskan Mudharabah atau
Yuran Pencapaian Pelaburan |
Mempraktikkan
faedah |
|
|
 |
|
 |
|
|
Apakah
keindahan Takaful? |
|
Keindahan
sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua
bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui
skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari
segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi
tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan
sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan
kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan
ditimpa malapetaka. Istimewanya sistem Takaful ini
juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim
sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua
golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada
semua pemegang
sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.
|
|
Al-Wakalah merupakan kontrak di mana peserta membenarkan
pengendali untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi
pihak beliau . Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas
akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini
, dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta'awuni
(TAP)
|
|
Apakah
dana pelaburan di Takaful Ikhlas ? |
|
Ini merupakan dana yang diambil daripada sumbangan
peserta dan dilaburkan ke kaunter-kaunter Islam,
Sijil Islam Kerajaan, Bond-bond Islam dan Simpanan
Tetap dalam Institusi Kewangan Islam.
|
|
Apakah
perbezaan utama di antara Akaun Pelaburan Peribadi
(PIA), Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA)
dan Akaun Pelaburan Risiko Am (GRIA)? |
|
PIA adalah dan untuk produk Takaful Keluarga yang
mengandungi cirri-ciri perlindungan dan pelaburan
tetapi Dana PRIA dan GRIA hanyalah untuk produk Takaful
Am yang mengandungi ciri-ciri perlindungan sahaja.
|
|
Sila terangkan
mengenai Dana Akaun Ta'awuni. |
|
Dana Akaun Ta'awuni terdiri darpada tiga (3) dana
utama:-
a. Dana Perbelanjaan
Dana Perbelanjaan merupakan dana untuk membayar perbelanjaan
engurusan,retakaful dan simpanan untuk tujuan teknikal.
Menerusi konsep Al-Wakalah yang digunakan di dalam
Dana Ta'awuni, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran
pengurusan daripada dana ini.
b. Dana Risiko
Dana Risiko merupakan dana untuk membayar tuntutan-tuntutan.
c. Dana Khas
Dana Khas merupakan dana khas untuk membantu syarikat
supaya tidak bergantung kepada retakaful.
|
|
Apakah
prosedur untuk tuntutan Takaful Keluarga? |
|
Dilanda tragedi dalam kehidupan?,
Adakah anda salah seorang daripada peserta kami?
Jika ya, kami sentiasa di sisi anda untuk membantu.
Terdapat berbagai jenis tuntutan yang kami kendalikan.
Antaranya:-
• Tuntutan Kematian
•
Perbelanjaan Kematian Serta-merta
•
Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
•
Manfaat Hospital (HB)
•
Manfaat Pengecualian Sumbangan (WC)
•
Penyakit Kritikal
•
Manfaat Pendapatan Keluarga
Bagaimana Untuk Menghantar Tuntutan Takaful Keluarga
1. Tuntutan mestilah dimaklumkan secara bertulis
dengan serta-merta kepada Jabatan Tuntutan Takaful
Keluarga sebaik sahaja kejadian berlaku. Sila hubungi
talian 03-78011323 /1327 untuk mendapatkan borang
tuntutan.
2. Keterangan mestilah dilengkapkan oleh pihak (mereka)
yang berhak menuntut, di mana manfaat akan dibayar
berdasarkan keadaan berikut:-
a) Wasi
Kenyataan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh
penama yang terdapat dalam borang penamaan (wasi).
b)
Hibah Yang Dicadangkan
Keterangan hendaklah dilengkapkan dan dibekalkan
oleh orang yang bakal menerima bayaran manfaat.
Untuk kes yang melibatkan kanak-kanak, kenyataan
hendaklah dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga
yang sah.
c) Orang Yang Diamanahkan
Keterangan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh
Orang (mereka) yang diamanahkan.
3. Dapatkan borang dan hantar semua dokumen-dokumen
yang mustahak bagi menyokong tuntutan anda kepada
Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga.
4. Semua salinan dokumen untuk menyokong tuntutan
anda mestilah telah disahkan dan disokong/ditandatangani
oleh Pesuruh Jaya Sumpah Berdaftar atau kakitangan
Takaful IKHLAS.
5. Semua dokumen yang diperlukan mestilah dibekalkan
oleh pihak yang menuntut di atas kos sendiri.
|
|
Apakah
dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tuntutan
Takaful Keluarga? |
|
Senarai Dokumen-dokumen Sokongan Tuntutan
 |
|
 |
| |
Dokumen Yang Diperlukan
|
Jenis
Tuntutan
|
Kematian
|
Kehilangan
Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
|
Perbelanjaan
Kematian Serta-merta
|
Manfaat
Penepian Sumbangan /Manfaat Pendapatan
Keluarga **
|
Manfaat
Pendapatan Hospital
|
Penyakit
Kritikal
|
Borang
Tuntutan
|
X |
X |
X |
X |
|
|
Keterangan
Pegawai Perubatan
|
X |
X |
|
X |
|
X |
Sijil
Kematian( telah disahkan) /permit pengkebumian
|
X |
|
X |
X |
|
|
Sijil
Asal Kontrak
|
X |
X |
|
X |
|
|
Laporan
Polis/ Laporan Post Mortem (Kes Kemalangan
saja)
|
X |
X |
|
X |
|
|
Bukti
Umur seperti Salinan KP/Sijil Kelahiran
|
X |
|
|
X |
|
|
Bukti
hubungan di antara pihak yang menuntut
dengan peserta seperti : sijil perkahwinan
|
X |
|
|
X |
|
|
Borang
Tuntutan Kemasukan Ke Hospital
|
|
|
|
|
X |
|
Sijil
Kemasukan Ke Hospital, jika diperlukan
|
|
|
|
|
X |
|
Nota
Pelepasan Keluar Hospital
|
|
|
|
|
X |
|
Borang
Tuntutan Penyakit Kritikal
|
|
|
|
|
|
X |
Sijil
Rawatan Perubatan (Penyakit Kritikal)
|
|
|
|
|
|
X |
Laporan
Perubatan Sokongan: seperti Laporan Patologi
bagi kanser
|
|
|
|
|
|
X |
Surat
Pentadbiran
|
X |
|
|
|
|
|
Claim
Release Form |
X |
X |
|
|
|
X |
|
|
 |
|
 |
Nota :
1) ** Menunjukkan tuntutan bagi manfaat ini hendaklah
dibuat menerusi borang tuntutan Kematian/TPD
2)Untuk pertanyaan lanjut berhubung Prosidur Tuntutan,
sila hubungi Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga di
talian 03-78011312 / 1327
|
|
Berapa
lamakah tempoh memproses tuntutan Takaful Keluarga? |
|
Ia mengambil masa lebih kurang 3 minggu.
|
|
Bagaimanakah
cara pembayaran Tuntutan Takaful Keluarga dibuat? |
|
Pembayaran akan dibuat melalui cek.
|
|
• IKHLAS Motor menyediakan peserta-peserta
kami dengan pengeluaran E-Covernote yang baru ataupun
pembaharuan E-Covernote.
• Ia juga dihubungkan secara elektronik dengan
JPJ untuk pembaharuan cukai jalan.
|
|
Apakah
prosedur untuk tuntutan Kenderaan? |
|
Anda terlibat dalam kemalangan dan mahu memfailkan
tuntutan kepada kami.
Langkah 1 - Buat laporan polis secepat mungkin selepas
kemalangan
Langkah 2 -Maklumkan kepada Jabatan Tuntutan kami/ejen/
panel bengkel membaiki kenderaan mengenai kemalangan
dan dapatkan borang tuntutan untuk dilengkapkan.
Jika kenderaan masih boleh dipandu, hantar kenderaan
ke panel bengkel berhampiran, jika tidak sila hubungi
no. talian bebas kami 1-800-88-1186untuk perkhidmatan
penundaan.
Langkah 3 - Pastikan anda menghantar dokumen-dokumen
sokongan untuk membolehkan kami mempercepatkan proses
tuntutan anda.
Langkah 4 - Kebenaran untuk membaiki kenderaan akan
dikeluarkan kepada bengkel membaiki kenderaan dalam
tempoh 24 jam sebaik saja anggaran pembaikan atau
laporan penaksir telah diterima.
|
|
Adakah
peserta dibenarkan untuk menghantar kenderaannya
ke mana-mana bengkel pilihannya sendiri? |
|
Ya, tetapi pembaiki hendaklah terdiri daripada ahli
panel bengkel kami ataupun beliau boleh pergi ke
mana-mana pembaiki Francais. Sekiranya pembaiki adalah
ahli panel, sila rujuk senarai ahli panel bengkel
kami.
|
|
Berapa
lamakah tempoh proses serahan? |
|
Setelah menerima semua dokumen yang lengkap, ia
akan mengambil masa lebih kurang 14 hari bekerja.
|
|
Bilakah
tarikh serahan berkuatkuasa? |
|
Pada tarikh kami menerima surat permohonan serahan.
|
|
Saya ingin
menukar cara pembayaran daripada Auto debit kepada
BIRO. Apakah dokumen yang perlu untuk diserahkan
untuk pembayaran melalui Auto Debit/Kad Kredit/FPX
dan BIRO? |
|
Syarat-syarat untuk menukar cara pembayaran daripada
Auto debit kepada BPA adalah seperti berikut:
a. Borang Permohonan Penukaran (pilihan)
b. Borang
BPA (wajib)
i. Borang BPA 1/79
ii. Salinan kad pengenalan (bagi pembayar yang bekerja
di Jabatan Kerajaan)
iii. Slip gaji terkini.
iv. ‘Had kelayakan Caruman’
|
|
Saya ingin
menukar nombor Kad kredit/AutoDebit. Apa perlu
saya lakukan? |
|
Anda perlu menghantar:
a. Borang Permohonan Penukaran
b. Isikan borang Autodebit/Kad Kredit yang baru.
|
|
Kad Kredit
saya telah luput. Apakah yang perlu saya lakukan? |
|
Anda perlu mengemaskini tarikh luput terbaru secara
bertulis.
|
|
Berapa
lamakah AutoDebit/KadKredit/FPX dan BIRO akan
bermula? |
|
a. AD MBB/BSN – 2 minggu dari tarikh pendaftaran.
b. Kad Kredit-1 hari dari tarikh pendaftaran
c. BPA-2 bulan dari tarikh serahan kepada BPA
d. FPX-45
hari dari tarikh serahan kepada BIMB
|
|
Bolehkah
saya menukar terma polisi? |
|
Berdasarkan garispanduan syarikat, penukaran adalah
tidak dibenarkan. Hal ini disebabkan oleh sekiranya
terdapat penukaran, ia akan memberi kesan kepada
seluruh caruman dan PIA/PRIA ataupun salah satu caruman
akan meningkat/menurun dan akan bermula dari umur
kemasukan sijil.
|
|
Bagaimana
polisi saya boleh lupus walaupun terdapat pemotongan
berterusan melalui Kad Kredit/Auto debit/BIRO/SI
setiap bulan? Adakah wang tersebut telah dipindahkan
daripada polisi lama kepada polisi baru? |
|
Ia berkemungkinan berlaku akibat :
a. Pemotongan lambat bermula, lebih kurang 2-3 bulan
selepas polisi berkuatkuasa.
b. Bayaran diterima tetapi tiada nombor rujukan (polisi)
atau nombor rujukan adalah salah untuk SI/Maybank2U/wang
masuk di kaunter bank contoh Maybank, BSN dan lain-lain.
Oleh sebab itu, bayaran tidak diterima dan polisi
akan tertunggak dan menjadi lupus.
|
|
Bolehkah
saya memiliki lebih daripada satu polisi? |
|
|
|
Status
pengeluaran polisi: Bilakah ia dikeluarkan dan
bila ia boleh dihantar? |
|
a. Kes biasa/tanpa ralat:10 hari
b. Dengan ralat:lebih daripada 10 hari.
|
|
Bagaimanakah
saya memperbaharui insuran kereta saya? Bolehkah
saya memperbaharui secara atas talian? Apakah
E-IKHLAS? |
|
Anda boleh melayari laman web kami di www.takaful-ikhlas.com.my
dan cari portal E-IKHLAS. Di sini terdapat maklumat
lengkap berkenaan pengeluaran Cover note secara atas
talian dan anda boleh mengikut arahan langkah demi
langkah untuk memperbaharui insuran kereta anda.
|
|
Adakah
E-IKHLAS juga untuk motorsikal? |
|
Tidak, buat masa ini, E-IKHLAS hanyalah untuk Kenderaan-Kereta
Persendirian di bawah perlindungan komprehensif sahaja.
|
|
1) Anda boleh memperbaharui insuran kereta dari
rumah/pejabat, tanpa perlu beratur di kaunter.
2) Anda juga boleh memperolehi mata ganjaran Real
Rewards. Untuk setiap RM1, anda akan menikmati 1
mata ganjaran Real (sehingga 800 mata ganjaran)
|
|
Bagaimanakan
untuk saya mengetahui mata ganjaran Real Rewards
telah dikemaskinikan di dalam akaun saya? |
|
Mata ganjaran akan dikemaskinikan secara terus
ke dalam akaun anda oleh Real Rewards dalam masa
sebulan.
|