Takaful IKHLAS
IKHLAS untuk Sektor Awam
  Laman Induk Laman Induk  | Laman Utama Laman Utama  | hubungi Kami Hubungi Kami
Latar Belakang IKHLAS Takaful Gadaijanji IKHLAS Takaful Pemilik Rumah kalkulator Pendaftaran Ahli Soalan Lazim Kempen & Promosi Takaful IKHLAS BPP
 
Soalan Lazim
Laman Utama :: Soalan Lazim


IKHLAS TAKAFUL GADAIJANJI
1. Apakah IKHLAS Takaful Gadaijanji?

Ia menyediakan perlindungan kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh kepada seluruh kakitangan awam yang memperolehi pembiayaan dari Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Apabila musibah menimpa, IKHLAS Takaful Gadaijanji akan menjelaskan kesemua baki pembiayaan di samping dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.
   
2. Apakah istimewanya IKHLAS Takaful Gadaijanji?

Ciri yang paling istimewa dalam IKHLAS Takaful Gadaijanji adalah manfaat Pra Keilatan Kekal dan Menyeluruh (Pra-TPD) di mana Takaful IKHLAS akan menjelaskan ansuran bulanan peserta selama enam (6) bulan tempoh menunggu tuntutan keilatan kekal menyeluruh. Kos perbelanjaan pengkebumian serta-merta akan dibayar dalam tempoh 24 jam setelah menerima
dokumen seperti Permit Pengkebumian.
   
3. Adakah peserta yang ingin menyertai IKHLAS Takaful Gadaijanji memerlukan pemeriksaan perubatan?

Penerimaan adalah automatik tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan bagi pembiayaan tidak melebihi RM400,000.00 (tidak termasuk sumbangan takaful) atau mana-mana had yang
ditentukan kemudian.
   
4. Jika pembiayaan dibuat berdasarkan pembiayaan bersama (suami-isteri), bagaimanakah dasar pembahagian dibuat?

Adalah dinasihatkan agar 100% IKHLAS Takaful Gadaijanji dibuat atas nama pembayar tetapi terpulanglah kepada budi bicara penerima biaya dan dipersetujui oleh Bahagian Pinjaman
Perumahan Perbendaharaan untuk menentukan kadar tersebut.
   
5. Bolehkah penerima biaya bersama mengambil sijil IKHLAS Takaful Gadaijanji berasingan secara penuh?

Penerima biaya harus mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.
   
6. Bilakah sijil IKHLAS Takaful Gadaijanji mula berkuatkuasa?

Sijil IKHLAS Takaful Gadaijanji mula berkuatkuasa mulai tarikh pembiayaan diluluskan.
   
7. Adakah saya akan mendapat kembali wang saya setelah pembiayaan perumahan saya diselesaikan?

Penerima biaya akan mendapat kembali jumlah yang terdapat di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi Peserta termasuk pulangan hasil pelaburan (jika ada).
   
8. Berapa lamakah tuntutan IKHLAS Takaful Gadaijanji diproses?

Tuntutan khairat kematian akan diproses dalam tempoh dua puluh empat jam (24 jam) dan tuntutan sepenuhnya dalam masa sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap.
   


IKHLAS TAKAFUL PEMILIK RUMAH
1. Apakah perbezaan IKHLAS Takaful Pemilik Rumah dari produk pengendali Takaful yang lain?

Sebagai pengendali Takaful, sumbangan untuk perlindungan Takaful Pemilik Rumah mestilah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia atau PIAM.
   
2. Apakah perbezaan Takaful Pemilik Rumah dengan Takaful Kebakaran?

Takaful Pemilik Rumah adalah sebahagian daripada Takaful Kebakaran tetapi mempunyai pakej perlindungan yang lebih komprehensif dengan kadar caruman yang lebih murah berbanding mengambil sijil kebakaran dengan perlindungan yang serupa.
   
3. Apakah perlindungan-perlindungan yang boleh dituntut oleh peserta?

Perlindungan boleh dituntut oleh peserta apabila hartabenda mereka musnah atau rosak disebabkan oleh perkara-perkara berikut:-
  a.
Kebakaran, dipanah petir dan letupan tong gas domestik;
  b. Peril tambahan seperti kejatuhan pesawat udara, pelanggaran oleh kenderaan luar, pecahan atau limpahan air, pecah rumah atau pencerobohan, angin ribut, gempa bumi atau letupan gunung berapi, banjir, kerugian sewa atau perbelanjaan semasa kos pembaikan dan tanggungan awam dari pihak ketiga.
   
4. Adakah jumlah perlindungan peserta mencukupi untuk melindungi hartabenda peserta?

Kebiasaannya, jumlah perlindungan yang diambil haruslah bersamaan dengan kos untuk membina semula hartabenda yang musnah ditolak dengan harga tanah. Apabila peserta membuat penambahan pada kediaman mereka, kos penambahan tersebut mestilah dimaklumkan kepada pihak BPP.
   
5. Bagaimanakah cara-cara peserta untuk membuat tuntutan?

Apabila hartabenda peserta musnah atau rosak akibat kebakaran dan peril-peril tambahan seperti yang telah dinyatakan, peserta mestilah memaklumkan dengan serta-merta kepada pihak BPP dengan mengisi borang yang berkaitan.
   
6. Berapa lamakah tuntutan akan dibuat?

Tuntutan akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Takaful IKHLAS menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
   


Kembali ke atas