Takaful IKHLAS
IKHLAS untuk Sektor Awam
  Laman Induk Laman Induk  | Laman Utama Laman Utama  | hubungi Kami Hubungi Kami
Latar Belakang IKHLAS Takaful Gadaijanji IKHLAS Takaful Pemilik Rumah kalkulator Pendaftaran Ahli Soalan Lazim Kempen & Promosi Takaful IKHLAS BPP
 
Latar Belakang
Laman Utama :: Latar belakang
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) diperbadankan pada 18 September 2002 dan adalah sebuah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.

Setelah beroperasi selama sembilan tahun, Takaful IKHLAS berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan Sistem Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya. Kini, reputasi kami dalam pasaran sebagai satu "jenama" dinamik telah dikenali ramai.

Hingga kini, lebih 1.8 juta individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Syarikat dan menjadi pemegang sijil (peserta).
kewangan, pemegang francais kenderaan bermotor, koperasi dan organisasi-organisasi Islam.

Komitmen dan pegangan Takaful IKHLAS kepada nilai-nilai yang luhur, bersama-sama dengan kesesuaian teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan perniagaan, telah membina nama baik Syarikat atas pengamalan pendekatan dan penyediaan perkhidmatan yang beretika.

Syarikat menawarkan rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Berkelompok dan Am serta Rider untuk individu dan usahaniaga komersial. Banyak lagi produk dan perkhidmatan yang sedang dirancang untuk jangkamasa yang terdekat. Saluran pengedaran/perkhidmatan kami

terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan terlatih. Saluran-saluran ini terdiri daripada lebih 7,000 orang ejen, broker, institusi kewangan, pemegang francais kenderaan bermotor, koperasi dan organisasi-organisasi Islam. Takaful IKHLAS telah dilantik sebagai panel Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia semenjak tahun 2006.

Hanya dalam tempoh dua tahun, Syarikat telah mewujudkan rangkaian agensi yang luas. Takaful IKHLAS mempunyai 11 cawangan yang terletak di Selangor, Sungai Petani, Kota Bahru, Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Kuantan, Ipoh, Terengganu dan Putrajaya. Piawaian etika tinggi yang telah kami tetapkan untuk warga kerja dan rakan kongsi perniagaan boleh dilihat menerusi tindak balas kami yang pantas terhadap keperluan para pelanggan dan reputasi kami dalam memastikan penjelasan tuntutan yang adil dan cepat. Kami tidak mempunyai sebarang pembayaran tuntutan "tertunggak" dengan kelulusan diproses dalam masa 24 jam bagi kebanyakan kes.

Penggunaan teknologi kami dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Hingga kini, Syarikat telah membuat pelaburan besar dalam bidang ini bagi menyokong falsafah kami untuk mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan kepada para peserta dan rakan kongsi perniagaan kami.

Selain daripada menggunakan teknologi terkini untuk memacu proses di barisan hadapan dan proses awalan kami, serta menyepadukan kedua-duanya, kami juga merupakan antara syarikat yang pertama menggunakan Sistem "e-Cover Note" yang menghubungkan Takaful IKHLAS dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ. Di samping itu, kami juga mempunyai satu Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik yang berupaya mempercepatkan proses penilaian bagi tuntutan kenderaan bermotor. Kami juga telah melancarkan portal agensi, I-POS yang membolehkan para ejen menyemak portfolio perniagaan mereka. Pada waktu yang sama kami juga merupakan perintis dalam memperkenalkan pembelian Takaful motor untuk pembelian baru serta pembaharuan yang digelar e-IKHLAS.

Kami juga telah memperkenalkan portal "e-Marine" yang membolehkan ejen dan bank terpilih mengeluarkan sijil dengan segera bagi keperluan Takaful Kargo Marin. Sistem "e-Cover Note" sedia ada juga telah dikembangkan untuk meliputi perniagaan Takaful Bukan Motor yang membenarkan ejen mengeluarkan sijil Kebakaran, Pemilik Rumah, "Householder" dan Kemalangan Peribadi kepada pelanggan kami.

Matlamat kami adalah untuk menjadikan Takaful IKHLAS sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi matlamat tersebut.

Struktur Modal
Syarikat mempunyai Modal Dibenarkan berjumlah RM500 juta dan Modal Berbayar berjumlah RM295 juta.

Takaful IKHLAS telah dilantik sebagai panel Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia semenjak tahun 2006.


Kembali ke atas