Takaful IKHLAS
IKHLAS untuk Sektor Awam
  Laman Induk Laman Induk  | Laman Utama Laman Utama  | hubungi Kami Hubungi Kami
Latar Belakang IKHLAS Takaful Gadaijanji IKHLAS Takaful Pemilik Rumah kalkulator Pendaftaran Ahli Soalan Lazim Kempen & Promosi Takaful IKHLAS BPP
 
IKHLAS Takaful Gadaijanji
Laman Utama :: IKHLAS Takaful Gadaijanji
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Takaful Gadaijanji?

Sekiranya berlaku kematian dan keilatan kekal dan menyeluruh, IKHLAS Takaful Gadaijanji akan melangsaikan amaun pembiayaan yang belum dijelaskan. Apabila musibah menimpa, IKHLAS Takaful Gadaijanji dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan dan waris tidak perlu menanggung baki hutang atau menjual kediaman yang dicagarkan bagi menjelaskan baki hutang.


Kenapa IKHLAS Takaful Gadaijanji?

Ciri-ciri Istimewa
(1) Manfaat Kematian akibat penyakit dan kemalangan. (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’)
(2) Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan (TPD). (Manfaat Takaful ini dijamin
oleh dana Tabarru’)
(3) Manfaat Khairat Kematian (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’
 
  • RM1,000 untuk perlindungan di bawah RM56,000.
  • RM2,000 untuk perlindungan RM56,000 ke atas.
(4) Manfaat Pra Keilatan Kekal dan Menyeluruh (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’)
 
  • Setelah mendapat ketetapan doktor bertauliah berhubung dengan TPD, Takaful IKHLAS akan 'mengambilalih' pembayaran pembiayaan bulanan kepada BPP selama enam bulan.
(5) Manfaat Serahan Awal (Manfaat Takaful ini tidak dijamin)
 
  • Jumlah wang terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi apabila peserta melangsaikan pembiayaan (early settlement).
(6) Manfaat Matang (Manfaat Takaful ini tidak dijamin)
 
  • Jumlah wang terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi apabila tamat tempoh pembayaran pembiayaan.
(7) Penerimaan automatik sehingga RM550,000.00 tanpa memerlukan sebarang pemeriksaan perubatan dan pengakuan kesihatan.
   
Keunikan Model Takaful IKHLAS
 
  • Pulangan optimum kepada peserta berdasarkan kaedah 'compounding effect' dalam pelaburan.
  • Keuntungan pelaburan akan diagih-agihkan 100% kepada kesemua peserta setelah ditolak caj pentadbiran dari keuntungan yang diperolehi.
  • Peserta berpeluang berkongsi lebihan (surplus) dari akaun tabungan risiko setelah diambilkira manfaat kepada peserta yang ditimpa musibah.
Perkhidmatan Berkualiti
 
  • Menjanjikan pembayaran tuntutan yang cepat - tidak melebihi sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap.
  • Pembayaran tuntutan Khairat Kematian dalam tempoh 24 jam setelah menerima Sijil Kematian atau Permit Pengkuburan.
Pengecualian
Pengecualian Ke Atas Manfaat Kematian
Jika Peserta, samada waras atau tidak, cuba untuk membunuh diri, meninggal dunia disebabkan virus HIV atau AIDS atau penyakit yang disebarkan secara seksual.

Pengecualian Ke Atas Manfaat Keilatan Kekal Dan Menyeluruh
Kontrak tambahan ini tidak akan memberi perlindungan ke atas sebarang keilatan disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, dari mana-mana satu kejadian yang berikut:-
(1) Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke atasnya samada di dalam keadaan siuman atau tidak; atau.
(2) Perkhidmatan ketenteraan atau tentera laut pada waktu perang yang diisytiharkan atau tidak, atau di bawah arahan bagi operasi pra peperangan atau pemulihan perintah awam; atau
(3) Memasuki, mengendali, menyelenggarakan atau menuruni dari atau dengan sebarang perkhidmatan atau pengangkutan udara melainkan semasa Peserta berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan; atau
(4) Jika Peserta didapati dijangkiti oleh virus HIV atau AIDS atau penyakit yang disebarkan secara seksual; atau
(5) Semasa Peserta berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain dari yang telah dibenarkan oleh Pengamal Perubatan yang berdaftar; atau
(6) Jika Peserta mengambil bahagian dalam mana-mana rusuhan atau melakukan kesalahan jenayah; atau
(7) Jika Peserta didapati terlibat di dalam aktiviti-aktiviti penganas, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kuasa atau keganasan ataupun ancaman/ugutan kepada orang atau sekumpulan orang, sama ada tindakan perseorangan atau mewakili organisasi atau kerajaan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau atas tujuan yang sama untuk menarik perhatian dan mempengaruhi kerajaan untuk meletakkan orang awam atau mana-mana kawasan dalam ketakutan; atau


Kembali ke atas